Ya Allah Syafiq, brakhir tgus mu ddunia tggalkn klurgamu (4gmbr)

Bukit Mertajam : Seorang pemandu lori syarikat edagang(shopee) m4ut selepas tercampak keluar dan j4tuh ke bawah jejantas setinggi tujuh meter dalam kem4langan di Kilometer 137 Lebuhraya Utara Selatan pagi Selasa.

Dalam kejadian jam 315 pagi itu, m4ngsa, Muhammad Shafiq Abd Razak, 33, dari Mengkuang Semarak di sini dalam perjalanan ke hub penghantaran barang di Pokok Sena sebelum mel4nggar sebuah motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang seorang konstabel polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pemandu lori berkenaan dipercayai melanggar motosikal berkenaan hingga menyebabkan tayar kirinya pecah sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke penghadang jalan.

Menurutnya, akibat kejadian itu pemandu lori terbabit terc4mpak keluar dan terjatuh ke bawah jejantas, manakala penunggang motosikal, Roger Daniel James, 20, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut turut mengalami ceder4 p4rah di bahagian kepala selain p4tah kedua belah kakinya.

Siasatan awal mendapati kemungkinan motosikal yang ditunggang anggota polis itu berlanggar dengan kenderaan lain dahulu sebelum dilanggar lori terbabit berdasarkan kerosakan kedua-dua kenderaan iaitu di bahagian hadapan,katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.

Shafee berkata, kedua dua m4ngsa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan bagaimanapun pemandu lori disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian akibat kecederaan parah di seluruh b4dan dan kep4la.

Tiada kamera litar tertutup (CCTV) berdekatan dengan kawasan kem4langan dan setakat ini tiada saksi kejadian yang tampil membantu siasatan.

Bagaimanapun siasatan lanjut akan diteruskan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,katanya.

Semoga Ainnun isteri arwah yang dikhabarkan sedang mengandung tabah dengan dugaan ini yang maha esa lebih sayangkan arw4h pergi dijemput ilahi saat sedang mencari rezeki. Al fatihah.