Ya Allah sembuhkn DUKE agar kembali sihat seperti biasa!

Ipoh : Duke baru sampai Ipoh dari Kuala Lumpur setelah selesai program di Astro untuk rancangan Mingguan Wanita ditemuramah secara langsung.

Sebaik sampai di Ipoh Pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias itu dikejarkan untuk rawatan kecemasan ke sebuah hospital swasta di sini petang semalam.

Pembantunya, Mohamad Amin Maula Mohamad Azizi berkata, Mohd Kazim dibawa hospital berkenaan selepas mengadu penat dan sakit kepala sebaik selepas pulang menghadiri rakaman program sebuah stesen televisyen di Kuala Lumpur.

Semalam selepas program beliau memang mengadu rasa penat, pening kepala dan badan tidak larat.

Melihat keadaan ustaz kami terus membawanya ke unit kecemasan hospital petang semalam, katanya.

Mohamad Amin yang juga Pegawai Tugas-Tugas Khas Pusat Pendidikan Al-Barakah berkata, keadaan Mohd Kazim yang dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim, kini bertambah baik berbanding semalam.

Setakat ini, Alhamdulillah keadaan Ustaz Kazim hari ini bertambah baik dan dia masih sedang menerima rawatan di hospital.

Kita akan memaklumkan perkembangan tahap kesihatan beliau dari semasa ke semasa, katanya.

Terdahulu, satu hantaran status dimuatnaik melalui media sosial Facebook Dato’ Mohd Kazim Elias hari ini berkenaan beliau sekali lagi dimasukkan ke hospital.

Semoga Ustaz Mohd Kazim diberikan kesembuhan. Beliau sekali lagi dimasukkan ke hospital petang semalam sebaik sahaja sampai dari Bukit Jalil selepas mengadu dirinya tidak stabil sejak Isnin lalu, katanya melalui hantaran Facebook berkenaan.

Sama sama kita doakan agar Duke segera sembuh dari sakitnya dan dapat meneruskan tugas tugas dakwahnya.Credit BH