Ya Allah prmudahkan urusaan pencarian ank ku!

Temerloh : Rohaya Ismail, 56, memberitahu, dia merasakan anaknya, Loqman Hamka, 20, tidak jauh dari kawasan kejadian selepas anak bongsu dari empat beradik itu dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Pahang di Kampung Kuala Kujan, Jalan Triang, di sini pada Jumaat lalu.

Selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) anaknya telah memasuki hari ke-8 hari ini, dia berharap operasi pencarian akan diteruskan lagi di kawasan berhampiran oleh pihak yang melakukan operasi SAR khususnya pasukan menyelam.

Saya dan bapanya tidak henti-henti berdoa dan melakukan solat hajat setiap hari semoga jasadnya ditemukan.

Naluri saya kuat menyatakan dia berada di sana dan tidak jauh dari tempat dia jatuh, katanya lagi.

Semalam, SAR turut disertai Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mencemar duli menyertai operasi tersebut.

Turut sama semalam adalah Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew juga turut menyertai SAR dalam pencarian adik Lokman.

Dalam pada itu, bapa mangsa Hamka Abu Bakar,62, berkata, meskipun reda dengan takdir Illahi, dia amat berharap jasad anaknya dapat ditemukan.

Dia yang juga bekas anggota polis berharap doa berterusan daripada keluarga dan orang ramai dikabulkan agar jasad anaknya ditemukan.

Loqman seorang anak yang baik, rajin dan dari zaman sekolah lagi dia telah banyak membantu saya di sangkar ikan ini, katanya lagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mayat mangsa tersangkut dalam lumpur atau sangkar ikan yang tenggelam.

Berdasarkan kepada pengalaman penyelam, terdapat banyak lumpur yang memungkinkan mangsa tersangkut dan terdapat juga sangkar ikan yang tenggelam.

Kita teruskan operasi dengan ditumpukan kepada kawasan dikenal pasti seperti di bawah sangkar melalui operasi menyelam, katanya ketika ditemui di sini hari ini.