Ya Allah berilh keajaibn buat Han Jo, lagi 3bln dia akn jadi ayaah (6gmbr)

Kluang : Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) ke atas seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika melalui Jalan Batu Pahat-Mersing, Batu 18, Kahang di sini petang semalam berjaya menemui kereta yang dinaiki mangsa.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Akob Sedek berkata, kereta Proton Waja milik Md. Rajihan Junaidi, 28, atau lebih mesra dengan panggilan Han Jo ditemukan pada pukul 6.10 petang hari ini.

Menurutnya, kereta itu ditemui pada jarak kira-kira 100 meter dari lokasi m4ngsa dilaporkan dihanyutkan air deras.

Pasukan bomba menggunakan peralatan khas iaitu ‘gripping iron’ besi bermagnet untuk mengesan lokasi kereta m4ngsa.

Kereta dapat dijumpai namun m4ngsa tiada di dalam kenderaan,katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akob berkata, kereta tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, operasi SAR ditangguhkan pada pukul 6.30 petang dan akan disambung pagi esok.

Sebelum ini Media Tular melaporkan Seorang wanita meng4ndung berdepan detik ngeri apabila Proton Waja yang dinaiki bersama suami dibawa arus air banjir malam tadi.

M4ngsa yang hanyut bersama kenderaannya jam 8 malam tadi sempat memecahkan cermin kereta Proton Waja yang dinaiki untuk menyelamatkan isterinya, sebelum wanita itu diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, mangsa Md Rajihan Junaidi, 28 g4gal diselam4tkan apabila dia yang masih berada dalam kereta, dihanyutkan arus der4s.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng, berkata laporan kejadian dibuat isteri m4ngsa, Khairunnisa Ibrahim, 24, jam 5.30 pagi tadi di Balai Polis Kahang.

Menurut laporan itu, mereka suami isteri dalam perjalanan dari Mersing menuju ke bandar Kluang.

Ketika sampai di Batu 18 Jalan Kluang Kahang kira-kira 5.30 petang semalam, pasangan itu dikatakan meredah laluan yang dinaiki air.