Wira x didendang, ” Asraf lemaas cuba selamatkn 2 knak2 trjatuh longkng ” (5Gmbar)

Johor Bahru : Usaha murni seorang lelaki untuk menyelamatkan dua kanak-kanak yang terj4tuh dalam longkang berhampiran Masjid Taman Cendana, Pasir Gudang, di sini berakhir tr4gedi apabila dia turut lemas.

Dalam kejadian pada pukul 4.12 petang itu, m4ngsa Mohd Asraf,32, ditemui m4ti lem4s bersama seorang remaja lelaki berusia 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, seorang lagi rakan kanak-kanak kepada m4ngsa lem4s yang dianggarkan berusia 9 tahun masih dicari.

Polis menerima laporan bahawa terdapat tiga orang termasuk dua kanak-kanak telah jatuh ke dalam longkang dan dibawa arus deras di lokasi kejadian pada pukul 4.12 petang.

Saksi awam memaklumkan kanak-kanak berkenaan bermain di sekitar longkang tersebut dan terjatuh seorang lelaki bertindak terjun ke dalam longkang untuk cuba menyelamatkan mereka.

Lelaki yang berusia 32 tahun itu bagaimanapun turut dibawa arus deras, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, longkang berkenaan dianggarkan sedalam dua meter,
Operasi mencari dan menyelamat kesemua m4ngsa terus digerakkan dan sehingga pukul 6 petang hari ini, dua mangsa telah ditemui.

Perkembangan terkini memaklumkan hanya seorang kanak-kanak yang terjatuh ke dalam longkang bagaimanapun usaha mencari kanak-kanak itu sedang dijalankan, ujarnya.

Sebak luahan abang arwah “Adik saya memang gemar membantu orang lain tetapi hari ini dia kembali kepada Penciptanya ketika cuba membantu mangsa dihanyut arus deras,” kata penghantar barang, Mohd Izhar Mohd Hisham Tan, 33.

Mohd Izhar berkata, kali terakhir dia bertemu dengan adiknya, Mohd Asraf, 32, pada pagi tadi ketika sesi taklimat berkaitan penghantaran barang.

Menurutnya, adiknya yang turut bekerja sebagai penghantar barang sudah berumah tangga dan memiliki empat cahaya mata berusia antara enam bulan hingga lima tahun manakala isteri tidak bekerja.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku ketika arw4h selesai melakukan penghantaran barang di pusat bandar raya.

Kami kerja bersama dan arw4h juga baru saja berpindah dari Taman Cendana ke Cahaya Masai.

Ketika dia pulang dia terlihat kejadian itu lalu cuba membantu menyelamatkan m4ngsa dengan terjun ke dalam longkang, malangnya dia dihanyut sekali.

Arw4h adik seorang yang gemar membantu individu dalam kesusahan, tidak sangka dia pergi selama-lamanya, katanya.

Kejadian berlaku pada jam 4 petang di lokasi berhampiran Masjid Taman Cendana.

Dua m4ngsa ditemukan lemas dihanyutkan arus deras, Kejadian dipercayai berlaku apabila seorang remaja lelaki bersama rakannya bermain di lokasi berkenaan sebelum terjatuh di longkang dan dibawa air deras.Al fatihah.