Wira dpandu remajaa 18thn kmlang dLPT, 2 maaut trmasuk shukri!

Kuantan : Permergian pilu seorang lelaki yang merupakan ahli kelab Proton Wira mengundang pilu keluarga dan rakan rakan.

M4ngsa Shukri disahkan meninggal dunia ditempat kejadian bersama seorang lagi rakannya warga indonesia manakala seorang lagi rakan nya yang berusia 18 tahun yang memandu kereta milik shukri cedera dalam kemalangan lewat malam tadi.

Apa yang berlaku mengundang pilu kakak Shukri yang mana dia adalah satu satunya anak lelaki dalam keluarga mereka, sebak luahan Qaseh Qaisarah permergian adik tersayang lewat malam tadi.

Harian metro melaporkan dua m4ut manakala dua lagi cedera selepas terbabit dalam satu kem4langan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 220.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) hala Timur di sini, malam tadi.

Mereka yang terbunuh dikenali Mohamad Shukri Mat Yusof, 27 dari Ulu Cheka, Jerantut, Pahang dan Suryano, 30, warga Indonesia meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami keceder4an parah di kep4la.

Dua yang cedera iaitu Muhammad Firdaus Jalani, 18, dari Taman Sri Jaya, Jerantut dan Mohammad Syafiq Azmi, 22 berasal dari Pasir Gudang, Johor manakala Mohamad Sofian Ab Wahab, 22 berasal dari Kota Bharu, Kelantan yang turut terbabit dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, berdasarkan laporan, kemalangan membabitkan dua kereta pada 10.50 malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kem4langan berlaku apabila kereta Proton Wira dipandu Muhammad Firdaus dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan dipercayai hilang kawalan mel4nggar pembahagi jalan sebelah kiri lalu terbabas ke lorong kanan.

Pada masa sama datang sebuah kereta Toyota Yaris yang dipandu Mohamad Sofian dari arah yang sama tidak sempat mengelak lalu melanggar Proton Wira terbabit.

Akibat daripada perlanggaran itu, kedua-dua mangsa yang juga penumpang Proton Wira disahkan men1nggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke HTAA untuk bed4h siasat.

Dua lagi mangsa yang cedera iaitu Muhammad Firdaus dan Mohammad Syafiq dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini untuk mendapatkan rawatan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati Proton Wira yang dipandu Muhammad Firdaus dinaiki bersama Mohamad Syukri dan Suryano manakala Mohamad Sofian yang memandu Toyota Yaris bersama Mohammad Syafiq.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Semoga keluarga arwah tabah tidak disangka malam tadi perjalanan terakhir dirinya bersama kereta wira kesayangan namun malam tadi dia tidak memandu sahabatnya yang berusia 18 tahun memandu.

Semoga rohnya tenang disana, ramai yang mengenali dirinya mendoakan arwah yang disifatkan mereka seorang insan yang sangat baik. Al fatihah.