V1DE0 : Shukk D1 PR0V0 abg SAD0 ktika mniaga air ” Air jualan tumpaah dtolak” (4Gmbr)

Kuala Lumpur : Pelawak dan pengacara kontroversi, Shuk Sahar terkejut selepas diser4ng seorang lelaki yang memberhentikan kereta Myvi ketika dia sedang berniaga air minuman di tepi jalan di Wangsa Maju.

Lelaki tersebut menaiki Perodua Myvi berenti dihadapana gerai Shuk dan rakan cuba membuat ” Provokasi ” dengan mengatakan Shuk cur4ng sambil pura pura membeli air.

Ketika itu kawan Shuk cuba menegur apa yang dilakukan lelaki terbabit menyebabkan lelaki tersebut marah lalu menyer4ng rakan Shuk dan terus menolak segala balang air jualan menyebabkan semua tumpah.

Dalam pada itu akhbar Utusan melaprkan , ketika kejadian, Shuk bersama pembantu peribadi Iskandar Nurzaman sebelum lelaki terbabit bertindak untuk menolak barangan jualan pelawak berkenaan.

Malah pelawak berusia 35 tahun itu berkata, dia mendakwa turut disindir dengan mencari rezeki cara berniaga selepas kehilangan pekerjaan.

Dia pegang telefon seolah-olah sedang merekod vide0. Saya dan Iskandar tanya dia mahu beli minuman yang mana sebelum tiba-tiba disindir oleh lelaki itu.

Berang dengan tindakannya, Iskandar cuba mempertahankan saya sebelum lelaki tersebut bertindak agresif dan cuba memukulnya.

Saya cuba halang dan mungkin kerana tidak puas hati, dia kemudiannya menolak barangan jualan di meja sebelum pergi begitu sahaja, kongsi Shuk.

Bagaimanapun, pengacara rancangan I Can See Your Voice Malaysia itu tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis selepas sempat mendapatkan nombor plat kereta yang dinaiki lelaki tersebut.

Terdahulu, khidmatnya sebagai penyampai radio Hot FM ditamatkan selepas terpalit dengan kontroversi berhubung rumah tangganya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah. Credit Utusan, OMM.