Ustz Zairie bermimpi haayatnya tidak lama jadi realiti!

Sandakan : Seorang guru SMK Muhibbah Sandakan dan Pendakwah disahkan meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Duchess Of Kent k0rban terbaru C0V1D19 di Sandakan.

Ustaz Mohd Zairie Mohd Hassim,44, seorang Ustaz dan Pendakwah yang sangat dikenali dan mempunyai ramai kenalan dan sahabat handai disahkan tidak sihat awal Oktober lalu namun tidak disahkan apa sakitnya.

Sehinggalah dia dirawat di Unit Rawat an Rapi (ICU)Hospital Duchess Of Kent Sandakan, berita sedih ini dimuat naik rakan setugas SMK Muhibbah Cikgu Salamiah Nordin memohon orang ramai menunaikan solat hayat untuk Ustaz Zairie.

Kepada seluruh warga Muhibbah, ahli keluarga, anak-anak pelajar dan sahabat sekalian Mohon doanya untuk kesembuhan sahabat kami Ustaz Zairie Hassim yang sedang berjuang melawan C0V1D19 dalam ICU.

Assalamualaikum wbt, dukacita dimaklumkan bahawa ayah kepada sahabat kita, Muhd Haiqal Aiman bin Mohd Zairi yang juga kita kenal rapat sebagai Ustaz Zairie telah disahkan p0sitif C0V1D19.

Mohon sama-sama kita laksanakan solat hajat untuk mendoakan supaya Ustaz Zairi dikurniakan kesembuhan dan mereka sekeluarga dilindungi daripada bahaya C0V1D19.

Berikut ialah ketetapan untuk solat hajat secara serentak – Cikgu Salamiah Nordin

Mohon rakan fb sya mohon panjatkan doa kalian mudah mudahan Allah SWT memakbulkan doa kalian semua. Rakan setugas saya alfadhil ustaz Mohd Zairie bin Mohd Hashim yang sedang tenat di ICU HDOK Sandakan.

Melalui makluman terbaru awal pagi tadi Ustaz Zairie Hashim telah pergi menghembuskan nafas terakhir meninggalkan kita selamanya jam 5:15 pagi tadi, semoga beliau ditempatkan bersama para solehin.

Jasa dan pengorbanan Allahyarham sebagai Ketua Umum 1995 di SMKA Falahiah (Al-Falah)tidak akan dilupakan selamanya.

Jenazahnya selamat dikebumikan hari ini diurusakan pihak berwajib Cikgu Salamiah juga berada diTanah Perkuburan bersama rakan rakan guru yang lain namun tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa menghampiri kawsan tersebut yang duduk didalam kereta ditepi jalan sahaja.

Semoga roh Ustaz Zairie tenang disana, dia seorang yang sangat baik dan disanjung tinggi, selalu memberi sedekah, memberi jamuan makanan dan memberi ceramah, permergiannya merupakan kehilangan besar SMK Muhaibbah. Al fatihah. Credit Fb Cikgu Salamiah Nordin.