Ustz Fahmi sudah tiada, Pelakon kacak Ade Firman K0RBAN C0V1D19!

Jakarta : Pelakon popular Indonesia, Ade Firman Hakim, 32, meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan C0V1D19, pada Isnin.

Menerusi laporan portal hiburan di Indonesia, adik kepada Firman, Dai Tirta, memaklumkan, abangnya itu menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5.20 petang semalam.

Iya (meninggal) diduga C0V1D19. Meninggal pukul 5.20 sebelum Maghrib, katanya.

Allahyarham dikatakan tidak sihat sejak seminggu lalu dan dirawat di Hospital Tarakan, Jakarta Pusat.

Minggu lalu keadaan kesihatannya tidak begitu baik, tetapi dia masih pegang telefon untuk menghubungi rakan-rakannya walaupun saya melarang.

Bagaimanapun apabila melihat keadaanya semakin teruk, saya terus bawa ke hospital dan suspek C0V1D19, ujar Tirta lagi.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan disempurnakan mengikut prosedur untuk pesakit C0v1d19 dan dikebumikan di Tempat Pemakaman Umum (TPU) Tegal Alur, Kalideres, Jakarta Barat.

Allahyarham mula aktif dalam bidang seni pada tahun 2008 dan membintangi deretan filem seperti Soekarno: Indonesia Merdeka (2013), Guru Bangsa: Tjokroaminoto (2015), Kalam Kalam Langit (2016), Bid’ah Cinta (2017), 22 Menit (2018), Kelam (2019) dan lain-lain.

Adi Firman jugak terkenal dengan watak Ustz Fahmi dalam drama web ” Ustadz Jaga Jarak ” drama ini diterbitkan untuk memberi kesedaran kepada semua orang terutama pendakwah bagaimana cara untuk berdakwah dalam keadaan wabak C0V1D19″.

Maka terbitlah watak Ustaz Fahmi yang mana dia berdakwah melalui media sosial “Web Cam ” untuk memberi keterangan dan menjawab segala kemuskilan agama orang ramai di dalam keadaan wabak C0V1D19 yang mana semua orang tidak dibenarkan berdekatan dan dikehendaki menjaga Jarak”, drama ini disiarkan sepanjang ramadhan lalu.

Tidak disangka segala lakonan nya dalam drama web itu menjaga jarak mengelakkan wabak C0VID19 berjangkit berbalik kepadanya seminggu disahkan tidak sihat dia meninggal dunia semalam dan disahkan korban C0V1D19. Al fatihah.