Ustz Ebit henti bantuan, menyalahi undang2 boleh didenda 100k dan pnjara 3thn (5gmbr)

Semporna : Pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih mesra dikenali ustaz Ebit baru-baru ini meraih perhatian ramai apabila kisahnya yang berjaya membawa satu kampung berjumlah 157 orang dari suku Bajau Laut di Sabah memeluk Islam tular di media sosial.

Tidak terhenti di situ, Ebit juga berikrar yang beliau akan terus membantu penduduk di kawasan tersebut dan kini sedang berikhtiar untuk membina sekolah serta menyediakan ustaz untuk mengajar penduduk di sana.

Namun hari ini berita menyedihkan dikongsi beliau apabila menyatakan misi bantuannya untuk membantu penduduk kepulauan tersebut terpaksa dihentikan.

“Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.

“Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna dan diminta untuk berhentikan bantuan di sekitar kepulauan ini kerana ia menyalahi undang-undang.

Saya juga dimaklumkan yang saya bakal berdepan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun,” tulisnya di Facebook.

Sementara itu Ustaz Ebit juga turut meluahkan kekesalan beliau kerana terpaksa menangguh pembinaan sekolah dan memohon maaf kepada ustaz dan ustazah yang bakal berkhidmat di sana.

Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang.

“Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul tujuh orang guru. Semangat mereka nak mendidik dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua,” tulisnya lagi dengan penuh kesal.

Ramai yang bersedih dan menangis termasuk anggota yang mengiringi beliau ketika misi bantuan dibuat dan telah dianggap sebagai keluarga. Credit Ustaz Ebit Lew, Sinar.

Bila dengar Ustaz Ebit Liew dan team datang ke Sabah terutamanya ke Semporna dan “mengislamkan sekampung” group wassap kami rasa gembira. Kerana hasil sumbangan dana dari masyarakat beliau terus dan tetap agihkan kembali kepada masyarakat yang memerlukan. Kredit kepada para penyumbang dana dalam dakwah amal ini.

Kami sebenarnya tidak terkejut, Ramai yang mungkin tidak tahu tentang pola kehidupan Bajau Laut (Palaoh) di Semporna ini. Orang Sabah terutamanya di Pantai Timur Sabah terutamanya di kawasan Kunak, Semporna, Lahad Datu tahu sangat tentang kehidupan Palaoh ini.

Sebelum kedatangan Ust. Ebit Liew dan team, sudah banyak NGO, individu yang datang ke Semporna dalam misi dakwah. Sehinggakan didirikan surau, dihantar guru agama sebagai tenaga pengajar untuk masyarakat sana. Semenjak pkp, kerja dakwah tergendala di kawasan tersebut.

Tentang pengislaman satu kampung tu, sebenarnya majoriti mereka semua memang beragama Islam. Cumanya mereka masih kurang memperaktikkan hidup beragama. Antara sebabnya mereka ini hidup di atas laut. Tidak suka di darat.

Mereka jenis mencari rezeki dari sumber laut kemudian jual kpd orang di didarat dan juga ihsan dari para pelancong yang datang ke Semporna. Siapa yang pernah pergi melancong di Semporna pasti akan merasa “dikerumuni bot” mereka oleh Palaoh ini untuk diberikan ihsan makanan.

Kembali pasal pengislaman. Masyarakat palaoh ini jenis suka guna taktik dan kaedah yang sama untuk meraih simpati dari orang ramai supaya diberikan “gula²”. Kedatangan UEL ni bagi masyarakat Palaoh sama sahaja dengan pendakwah yang lain datang.

Kamu bagi mereka “gula²”, mereka akan bersyahadah kembali. Begitu saja berulang dan berulang.

Kerajaan bukan tidak membantu mereka dari segi pendidikan, perubatan dan kebajikan, tapi masyarakat Palaoh sendiri yang memilih cara hidup seperti yang kita lihat hari ini.

Hari ini mereka sudah ramai berkeliaran di jalan raya di bandar besar Sabah mengemis meminta duit di trafic light. Dengan cara menggendong anak kecil untuk simpati. Bukan hanya kanak² malah orang dewasa juga terlibat sama.

Apapun, kredit kita berikan kepada UEL dan team dan juga badan² NGO, individu atas usaha dakwah yang mereka lakukan di Sabah ini. Teruskan buat kerja amal.

Allah SWT,
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”
-سورة الرعد، آية ١١
~~~
Sedikit gambar masyrakat Palaoh. Ihsan dari sahabat².Credit : Abu Muhammad Al-Izz