Ustz Ebit akur keputusan pihak U, Dia tidak pernah jemu utk membantu!

Kuala Lumpur : Ustaz insan yang kuat semangat walau apa pun dugaan tidak pernah mematahkan semangatnya untuk membantu sesiapa begitu juga tentang niat nya untuk menolong pelajar di Universiti yang terkesan dengan penangguhan yang dikeluarkan oleh KPT.

Penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memohon maaf kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi membawa pulang mahasiswa universiti tersebut.

Katanya menerusi laman Facebook, dia dihubungi Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran secara peribadi dan diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka tersebut.

Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran UPSI terutama Naib Cancelor sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka.

Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga. Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri. Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu.

Sayu ramai pelajar mesej saya dari pelbagai universiti. Disebabkan keadaan semasa yang kelas ditukar semula kepada online. Ramai juga yang baru daftar. Sayu dan kasihan sangat pada mereka semua.
Merekalah pemimpin masa depan.

Macam anak kita sendiri. Saya tolong sewakan bas bagi free untuk mereka. Banyak pelajar yang dm saya. Bas ini ke Pantai Timur dari upsi. Ramai lagi insyaAllah saya akan aturkan dari uitm, uthm, upsi dan banyak lagi.

Yelah keadaan semasa negara C0V1D19 meningkat dan membimbangkan. Semoga Allah mudahkan dan selamatkan perjalanan adik adik. Syukur dapat beri motivasi dan semangat pada pelajar dalam bas yang bergerak tadi. Teringat dulu masa susah di universiti.

Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam. Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat.

Biasa naik bas bayar tapi kali ini percuma dan lebih tersusun dan tak perlu nak ke bus stop dan naik train. Saya tangguhkan 20 bas sehingga di beri kelulusan, katanya di laman Facebook tersebut.