Tugasan trakhir seorang ayh otw hantar ank bongsu sekolah!

Permaisuri : Perjalanan seorang bapa tunggal menghantar anak bongsunya ke sekolah berakhir dengan tr4gedi apabila kereta honda City yang dipandunya dirempuh sebuah BMW yang gagal memotong dilaluan yang tidak dibenarkan memotong.

Akhbar melaporkan seorang lelaki m4ut, manakala empat individu lain p4rah dan seorang ceder4 selepas terbabit kem4langan dengan empat kenderaan di Kilometer (KM) 38 Jalan Kuala Terengganu Kota Bharu dekat Sungai Tong di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, Abdullah Zulekipli Jusoh, 61, yang merupakan bapa tunggal selepas kematian isterinya dia menggalas tanggung jawab membesarkan anak anak.

Dia disahkan men1nggal dunia selepas kereta Honda City dipandunya bertembvng kereta BMW yang datang dari arah Kota Bharu.

Pertembungan itu turut menyebabkan perl4nggaran dua lagi kereta iaitu Honda Insight dan Perodua Axia.

Ketika kejadian, Abdullah yang berasal dari Felda Belada dalam perjalanan menghantar anaknya, Mohd Hasiffudin, 13, ke sekolah.

Mohd Hasiffudin yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan, p4rah, manakala pemandu BMW menghilangkan diri dan masih dikesan polis.

Turut p4rah adalah pemandu serta penumpang Honda Insight iaitu Sharifah Fauziah Zani, 40; suaminya, Mohd Muslim Mohd Yunus, 41, dan anak mereka Nur Insyirah Husna, 6, yang dari Segamat, Johor.

Sementara pemandu Perodua Axia, Mohd Alghafa Shafiee, 31, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila BMW dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu cuba memotong kenderaan di hadapan namun gagal dan bertembung kenderaan m4ngsa.

Honda Insight dan Perodua Axia di belakang kereta m4ngsa pula gagal mengelak dan berlaku perlanggaran.

Pemandu BMW melarikan diri sejurus kem4langan dan usaha mengesan sedang dilakukan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987, katanya.

Apa yang berlaku sungguh memilukan gara gara kecuaian orang lain anak anak dalam keluarga ini menjadi yatim piatu sama sama kita doa sibongsu yang parah segera sembuh dan 6 lagi m4gsa yang turut terlibat segera sembuh. Al fatihah.