Trgamakk biarkn ayh ibuu hidupp dlm kuzuran brglumang najisss!

Kluang : Sebak dan pilu apa yang berlaku kepada warga emas suami isteri ini ditemui dalam keuzuran dan hidup tidak terurus.

Utusan Online melaporkan ibu bapa mampu menjaga 10 anak, namun anak belum tentu mampu menjaga orang tua kelak.

Demikian kisah pilu yang dilalui sepasang suami isteri di Sim­pang Renggam di sini apabila terpaksa hidup dalam serba kekurangan malah dalam keadaan bergelumang dengan n4jis sendiri.

Ekoran tidak mampu mengu­ruskan diri, warga emas yang mahu dikenali sebagai Hassan, 80, dan isterinya, Aminah, 70, yang berkudis pada anggota badan selain kuku jari tangan dan menga­lami gangren, kini hanya mengharap simpati.

Menurut Hassan, dia yang berkerusi roda sejak tiga tahun lalu terpaksa jua mengagahkan diri menguruskan isterinya yang kini terlantar di katil.

Isteri saya sudah setahun terlantar, dia jatuh dekat dapur menyebabkan tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Kluang. Selama enam bulan isteri saya berada di hospital dan hanya dibenarkan pulang ke rumah selepas sedar.

Dia tidak boleh bergerak, saya yang menguruskan makan minum dia, lap badan dia. Itu saja yang saya mampu kerana saya pun dah tak ada daya, luah Hassan ketika ditemui pemberi­ta di sini baru-baru ini.

Hasil perkongsian hidup, Has­san dan Aminah dikurniakan lima orang anak yang mana empat masih hidup dan seorang sudah meninggal dunia.

Jelas Hassan, hanya anak ke­dua yang tinggal di kawasan sekitar yang mengambil berat menghantar makanan setiap hari.

Saya tak mahu menyusahkan anak-anak, mereka semua ada keluarga sendiri, anak sulung duduk dekat Perak, kedua ada dekat sini, ketiga dan kempat ada dekat Johor Bahru dan Kulai, katanya. Credit Utusan Online.