Tragiss prgi Az1m moga Allah merahmati kamu(5gmbr)

Rawang: Jurutera teknologi maklumat (IT) men1nggal dunia akibat d1gil1s lori selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan kenderaan terbabit di laluan selepas susur Plaza Tol Rawang Utara menghala ke Kuala Lumpur di sini, jam 7.55 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, ketika kejadian, lori terbabit yang dipandu lelaki berusia 57 tahun dalam perjalanan dari Rawang menghala ke Shah Alam, Selangor.

Salam takziah daripada kami semua.إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dukacita dimaklumkan bahawa seorang pelajar UTeM, Allahyarham Amirul Azim bin Abdul Rashid, pelajar Sarjana Muda dari Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) telah menghembuskan naf4snya yang terakhir pada 20 Januari, 2021 bersamaan 6 Jamadil Akhir 1442H kerana terlibat di dalam kem4langan jalanraya.

Seluruh warga Universiti merakamkan rasa sedih dan bersimpati di atas pemergian Allahyarham, Semoga ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai tabah dengan dugaan ini.

Meskipun berjauhan, bersamalah kita mendoakan agar rohnya diampunkan dari segala dosa dan ditempatkan di kalangan para hamba-Nya yang soleh, Selamat pulang ke Negeri Abadi, Amirul Azim.

“Ya Allah, Engkau berilah keampunan baginya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan maafkan kesalahannya.

Engkau muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, sucikan dia dengan air, salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran.

Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya, serta jauhkan dia dari azab neraka. Ameen Ya Rabbal Alamin.”Al-Fatihah,myutem.

Kem4langan tersebut berlaku ketika lori berkenaan yang berada di lorong kiri melepasi Plaza Tol Rawang Utara, tiba-tiba bergesel dengan motosikal ditunggang m4ngsa berusia 26 tahun.

Mangsa disahkan men1nggal dunia di lokasi akibat parah di kepala dan badan, M4yat dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat, katanya pada kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Al fatihah.