Tragedi menjelang Aidiladha, Ajaal sibongsu lemaas ditali air!

Kepala Batas : Tragedi menjelang Aidiladha, Ajaal sibongsu lemaas ditali air! Sebak melihat seorang ibu memeluk erat jasad anak bongsu kesayangan yang ditemui lemas selepas bersiar siar dengan menunggang basikal di tali air.

Dalam kejadian petang semalam Muhammad Firash begitu teruja menunggang basikal apabila dia sudah mula pandai menunggang basikal tanpa sokongan roda belakang.

Namun tidak disangka keterujaan bertukar duka apabila dia ditemui lemas ditali air petang semalam.

Dalam pada itu ayah mangsa begitu sedih apabila mendapat perkhabaran dari keluarganya yang anak bongsunya lemas ditali air setelah dia berada di Kuala Lumpur kerana berkerja.

tragedi-menjelang-aidiladha-ajaal-sibongsu-lemaas-ditali-air

Hari ini saya pulang ke Pulau Pinang senyap-senyap sebab nak buat kejutan, tetapi siapa sangka saya pula menerima kejutan apabila menerima panggilan telefon daripada anak sulung memaklumkan anak bongsu meninggal dunia,kata Azlan Zakaria.

Azlan, 40, adalah bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, Muhammad Firash Darwisy Azlan yang ditemui lemas dalam tali air di Jalan Permatang Sungai Dua, Kampung Pokok Simpor dekat Kepala Batas, 6 petang semalam.

Azlan berkata, dia yang berada di Kuala Lumpur ingin pulang ke rumahnya di Taman Seri Menderong, Tasek Gelugor untuk bertemu ahli keluarganya selepas seminggu bertugas sebagai pemandu bas ekspres di ibu kota.

Saya sengaja tak nak bagitau sesiapa saya nak balik hari ini sehinggalah menerima panggilan daripada anak perempuan sulung mengatakan adik lelakinya hilang sebelum mematikan telefon.

tragedi-menjelang-aidiladha-ajaal-sibongsu-lemaas-ditali-air

Lebih kurang 15 minit kemudian, anak perempuan menghubungi saya semula dan mengatakan terjumpa basikal adiknya di tali air sebelum memberitahu anak lelaki saya sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ), Butterworth, malam ini.

Azlan berkata, kali terakhir dia bertemu arwah anaknya pada Ahad lalu sebelum bergerak ke Kuala Lumpur untuk bertugas.

Menurutnya, ketika itu pelukan diberikan kepadanya amat lain dan pada minggu ini setiap hari dia membuat panggilan video memaklumkan mengenai segala aktivitinya termasuk memberitahu sudah mahir menunggang basikal tanpa perlu ada roda penyokong.

Selepas itu, dia minta saya belikan topi keledar untuk dia menunggang basikal demi keselamatannya dan saya terkilan sangat sebab belum sempat tunaikan permintaannya dan dia sudah tiada.

Namun, saya reda dengan ketentuan Ilahi, katanya.

tragedi-menjelang-aidiladha-ajaal-sibongsu-lemaas-ditali-air

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kehilangan Muhammad Firash disedari kakak mangsa yang keluar mencari selepas mangsa tidak pulang ke rumah.

Kakak mangsa mencari adiknya sebelum ternampak sepasang kasut kanak-kanak terapung di dalam tali air berkenaan.

Dia meminta bantuan penduduk kampung yang turun ke dalam tali air untuk mencari mangsa sebelum menemui basikal milik mangsa seterusnya jasad kanak-kanak malang itu.

Siasatan mendapati, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam tali air sedalam dua meter bersama basikalnya.

Penduduk turut memberi bantuan pernafasan sebelum pegawai perubatan tiba, katanya.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Permatang Sungai Dua selepas proses bed4h siasat selesai, semoga keluarga ini tabah.Al fatihah.

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo