Traagedi piluu 6 skelurga Mualaf trmasuk seorg baayi lemaas(4gmbr)

Betong : Perjalanan 9 keluarga menaiki pacuan 4 roda jenis Toyata Hilux menunggu feri berakhir dengan tragedi apabila Hilux yang dinaiki mereka terjun4m ke Sungai Batang Lupar.

Sembilan sekeluarga termasuk 6 orang islam (Mualaf) 3 m4ut selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda terjun4m ke dalam sungai ketika sedang menunggu feri di Jeti Batang Lupar dekat Sebuyau dalam satu insiden petang Jumaat.

Difahamkan, semua sembilan m4ngsa termasuk seorang b4yi yang terperangkap dalam kenderaan terbabit sebelum dikeluarkan oleh orang awam, namun semuanya sudah tidak sedarkan diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 3.14 petang.

Menurutnya, beberapa anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dan Simunjan dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelam4t.

Sementara itu, Pengarah JBPM Sarawak, Khiruddin Drahman ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian dan kem4tian tersebut,Berita lajut menyusul -HM

Update : Sembilan sekeluarga yang m4ut selepas kenderaan dinaiki terjunam ke Sungai Batang Lupar petang tadi, dikatakan dalam perjalanan menghantar seorang daripada mereka ke Kuching untuk mengikuti pengajian tahfiz.

Selain pemandu, Ronany Ting, 33, lapan lagi yang m4ut adalah penumpang itu termasuk seorang wanita mualaf, Siti Aisha Abdullah, 36 dan tiga anak lelakinya termasuk seorang yang bakal memasuki sekolah tahfiz itu.

Mereka ialah Mohd Ahmad Mohd Hamdan yang berusia empat bulan, serta abangnya Muhd Mustaqim dan Mohd Aiman yang berusia lima dan tujuh tahun.

Empat lagi mangsa adalah Khairunnisa Muhamad, 14 dan Nor Shuhada Mohamad, 16, serta Wallace Phang, 7 dan Alvin Phang, 12.

Sumber berkata, kejadian kira-kira jam 3.05 petang itu berlaku apabila 4WD terbabit berundur selepas kapasiti feri ketika itu penuh.

Berdasarkan maklumat saksi, kenderaan itu tiba-tiba meluncur ke arah sungai lalu terjunam dalam arus yang agak deras, katanya ketika dihubungi.Al fatihah.-BH