To’ki suami yg baik gigih jaga isteri saakit-Ustaz Ebit!

Gombak : To’ki suami yg baik gigih jaga isteri saakit-Ustaz Ebit! Hari ini Ustaz Ebit Lew dan Team sempat menziarah penyanyi 90an To’ki yang hidup dalam serba kekurangan dikediamannya di Batu 12 Gombak.

Melalui posting difacebooknya Ustaz Ebit ini tulisnya, Sebak dan sayu tadi ziarah To’ki. Ramai tag saya di fb berita ini. Saya terus ke sana. Sampai je dah berdebar kata Allah ke dalam juga ini. Sekali sampai pondok ini ini dah setahun To’ki tinggal bersama isterinya yang sakit. To’ki khidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat.

Dari jauh To’ki terus sambut saya dan terus peluk saya. Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal. Terus To’ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz.

toki-suami-yg-baik-gigih-jaga-isteri-saakit-ustaz-ebit

InsyaAllah akan bantu untuk tangki dan water pump air sungai dan bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh. Dari live kami tadi InsyaAllah Hj Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang.

Astro Awani sebelum ini melaporkan kisah To’ki yang tinggal dalam serba kekurangan Kepada sebilangan orang, makna kebahagiaan barangkali terletak pada kekayaan yang dimiliki.

Tinggal di kediaman besar, memandu kereta mewah dan menikmati gaya hidup sofistikated merupakan harga sebuah kepuasan kepada mereka.

Namun, bagi segelintir orang pula, dapat berteduh di sebuah pondok kecil sudah cukup membahagiakan mereka.

toki-suami-yg-baik-gigih-jaga-isteri-saakit-ustaz-ebit

Sekalipun, berlindung di pondok kecil, itu bukan alasan kenapa artis terkenal, To’ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur tidak boleh mengecap kebahagiaan.

Sejak lebih setahun lalu, pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12 Gombak, Selangor menjadi tempat berteduh buat penyanyi yang pernah mengecap populariti menerusi lagu Biasan dan Seni Berzaman itu.

Tidak pernah mengeluh, jauh sekali menyesali ketentuan takdir, To’ki, 53, yang setia ditemani isteri tercinta, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, bersyukur kerana masih memiliki tempat berlindung.

Saya bina pondok ini sejak tiga tahun lalu lagi sebenarnya (tetapi) duduk sini dalam setahun lebih.

toki-suami-yg-baik-gigih-jaga-isteri-saakit-ustaz-ebit

Walaupun nampak macam ini (serba kekurangan) tetapi saya damai bersama isteri, kata To’ki berkongsi cerita mengenai fasa hidup yang sedang dilaluinya.

Kata To’ki, biar apa sekalipun persepsi masyarakat terhadap kehidupan serba kekurangannya, namun,
teratak kecil ini baginya saling tidak ubuah sebuah ‘syurga’ buat dia dan isteri.

Pondok kecil yang melindungi mereka berdua daripada panas dan hujan memiliki makna yang sentimental buat To’ki kerana ia adalah hasil kerja tangannya sendiri.

Bukan sekadar menjadi tempat berlindung, pondok ini juga, kata To’ki menjadi ruang mencari ilham dalam berkarya.

Sekalipun menyedari iklim industri muzik tanah air tidak begitu memberangsangkan, namun, aspirasi To’ki dalam berkarya tidak pernah pudar

Dia berikrar untuk kembali bangkit memperkasakan namanya walapun harus berhadapan dengan cabaran.

Berkarya menerusi nota-nota muzik dan bait-bait lirik satu-satunya kerja yang mampu dilakukan To’ki dan kini punca pendapatannya sangat terbatas.

Sekarang ini pendapatan saya bergantung kepada jemputan menyanyi di restoran atau majlis-majlis kecil sahaja, ujarnya.

Sama sama kita doakan semoga dipermudahkan urusan Ustaz Ebit dan Team dalam membantu To’ki semoga ada sinar baru dalam hidupnya.Credit Ustaz Ebit Lew.

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo