Tngsian sorang ibuu, “Trima brita lemass ktika buat prsiapan brbuka” (5Gmbr)

Arau : Sebak dan pilu apa yang berlaku melihat seorang ibu yang lemah longlai bila meilhat j4sad anak lelakinya yang k4ku akibat lemas didalam takungan air sawah padi petang semalam.

Ibu m4ngsa yang dikenali dengan nama Siti Rohani tidak dapat menahan kesedihan melihat apa yang berlaku kepada anak lelakinya disaat umat islam sedang bersiap untuk berbuka puasa.

HM melaporkan Kanak-kanak lelaki ditemui lemas selepas tergelincir ke dalam takungan air bendang di Kampung Hutan Kandis, Jelempok, di sini, 6.30 petang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superitendan Nanda Maarof berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, Mohamad Amir Faris Rohaizad, 10, bersama adiknya, 8, dan rakan perempuan, 11, sedang berbasikal melalui laluan batas bendang di kawasan berkenaan.

M4ngsa sedang berbasikal secara berasingan dengan adik dan rakannya itu dan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah namun secara tiba-tiba, basikal yang dinaiki mangsa hilang kawalan menyebabkan mangsa tergelincir jatuh di takungan air berkenaan.

Melihatkan kejadian berkenaan, rakan m4ngsa segera pulang ke rumah m4ngsa untuk memaklumkan kepada keluarga m4ngsa mengenai kemalangan yang berlaku, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, keluarga m4ngsa bersama penduduk kampung segera ke tempat kejadian sebelum menemui m4yat m4ngsa terapung di takungan air berkenaan.

M4ngsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk proses bedah siasat,Kes diklasifik4sikan sebagai m4ti mengejut.

Semoga ibu ini tabah kehilangan anak tersayang pada petang puasa ke 4 dihari jumaat yang mulia semoga roh anak syurga murid Sekolah Jelempok ini tenang sana. Al fatihah.