Tinggalkn utk selaamanya, “Kru dendangkn lgu Smpai Jumpaa undag sebakk ” (5Gmbr)

Jakarta : Satu v1deo pendek nyayian Kru Kapal Selam KRI Nanggala 402 tular dan membuat ramai sedih lagu itu seseolah memberi petanda mereka akan pergi selamanya.

Meskipun ku tak siap untuk merindu, ku tak siap tanpa dirimu, ku harap terbaik untukmu.

Demikian lirik lagu Sampai Jumpa dipercayai dinyanyikan kru kapal selam KRI Nanggala 402 sebelum hilang yang kini tular di media sosial.

Portal Tempo co, melaporkan, perkara itu dikongsi penyanyi band Endank Soekamti, Erix Soekamti di Instagramnya.

V1deo berdurasi 22 saat itu tular kerana menampilkan beberapa kru kapal selam malang itu yang sehingga kini belum ditemui selepas terputus hubungan sejak Rabu lalu.

Anggota Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI) terdiri daripada 11 orang itu kelihatan sedang berada di dalam kapal selam KRI Nanggala 402, mengenakan seragam AL TNI serba hitam dengan baret warna serupa.

V1deo berkenaan dipercayai diambil dalam kabin kapal itu berikutan paparan tanda bertuliskan KRI Nanggala-402 di bahagian kanan bawah video itu.

Meskipun, ku tak siap untuk merindu, ku tak siap tanpa dirimu, kuharap terbaik untukmu, lantunan lirik lagu Sampai Jumpa yang dinyanyikan KRI Nanggala 402 diiringi petikan gitar salah seorang daripada mereka.

Dalam v1deo itu, mereka kelihatan seolah olah begitu menghayati lagu milik Endank Soekamti itu.

Tidak banyak keterangan yang diberikan Erix dalam hantarannya tetapi hanya menambahkan emotikon menangis dengan tanda pagar pray for krinanggala 402.

Video yang dimuatnaik semalam itu ditonton sebanyak lebih 360,000 kali dan mendapat lebih 1,000 komen.

Kini tiada lagi papa disisi anak kecil Azka dan suami tersayang buat pengantin baru ini mereka semua tunggu keluarga mereka disyurga. Al fatihah.