Tidak ku pinta jadi begini, Tq sayang sntiasa bersama abg!

Tampin : Berat sungguh dugaan buat mu, namun dirimu sangat beruntung memiliki bid4dari yang sentiasa bersama dialah isteri dan ibu pada anak anak mu yang tetap setia bersama mu.

Kosmo Online melaporkan seorang suami me­luahkan rasa syukur apabila iste­rinya, Norsahira Ariffin, 27, sanggup berkorban dan masih setia menjaganya walaupun sudah terlantar s4kit.

Mohd Sholihin Sahari, 35, berkata, sejak 10 tahun lalu, dia menghidap sakit buah pinggang dan juga penyakit para tiroid yang menyebabkan tulang-tulangnya menjadi rapuh serta mudah patah.

Pada tahun lalu, dia tiba-tiba terjatuh dan tulang tangan kanan serta kiri dan juga kaki ki­rinya patah sehingga menyebabkan dia kini hanya mampu terlantar atas katil.

Saya jatuh dalam bilik air, tulang pun sudah reput, jadi mudah patah. Tangan kanan dan kaki kiri saya dimasukkan besi.

Kalau tiada isteri, payah untuk saya menguruskan diri sendiri. Dia adalah tulang belakang saya yang juga menjaga tiga anak lelaki kami yang berusia dua hingga enam tahun, katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengah Gedok dekat sini semalam.

Mohd. Sholihin memberitahu, sebelum terlantar, dia menjual buah-buahan selama lebih tiga tahun bagi menyara keluarga.

Katanya, dia dan isteri mampu menjual sekurang-kurangnya 120 bungkus buah tembikai, jambu, betik, nanas dan lain-lain.

Sekarang saya terpaksa bergantung harap kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM270 sebulan dan juga Baitulmal sebanyak RM250 sebulan berserta sumbangan makanan.

Saya nak kerja pun sudah tidak boleh sebab badan saya semakin mengecut. Berat saya kini tinggal 39 kilogram (kg) berbanding 50 kg sebelum ini, ujarnya.

Menurutnya, dia juga kini sedang menjalani rawatan dialisis secara percuma sebanyak tiga kali seminggu dan semua itu diuruskan oleh isteri.

Bagi Norsahira, dia menganggap semua yang berlaku itu adalah ujian dan mujurlah keluar­ganya serta mertua tinggal tidak jauh dari kediaman mereka.

Keluarga, adik-beradik dan kenalan banyak membantu kami menempuh ujian ini, malah ada juga orang yang kami tidak kenali membantu dan pemimpin setempat juga ada meninjau kea­daan kami sekeluarga.

Jika ingin menjalani rawatan dialisis, ibu saya akan datang untuk sama-sama membantu me­ngangkat suami duduk di kerusi roda,kata suri rumah itu.

Sehubungan itu, orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun Maybank 155078407623 atas nama Mohd. Sholihin.