Tiada lagi Pak Tapa, Insan mulia sangat dermawan!

Melaka : Tiada lagi Pak Tapa, Insan mulia sangat dermawan! Arwah Amat meminati kuasa tinggi tidak heran jika restoren Coconut Shake Alai miliknya menjadi tumpuan para penunggang motosikal kuasa tinggi dan biasa yang sentiasa dikunjungi tambahan pula dengan keramahan pemilik Restoren tersebut Pak Tapa.

Arwah seorang dermawan. Setiap kali ada program di masjid atau kampung, beliau antara penyumbang yang terawal.

Penduduk kampung amat terasa kehilangannya, kata Datuk Akramuddin Abd Aziz, rakan Allahyarham Mustafa Mohd Ali yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuala Pilah Tampin, Negeri Sembilan, semalam.

tiada-lagi-pak-tapa-insan-mulia-sangat-dermawan

Ketika ditemui di Kampung Baruh Alai, Melaka, hari ini, Akramuddin yang juga Presiden Persatuan Homestay Melaka berkata, pemilik restoran Coconut Shake Alai itu seorang yang baik serta sentiasa menghormati rakan serta penduduk kampung.

Setiap kali ada program atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid, kepemimpinan kampung atau pertubuhan bukan kerajaan di kampung ini, beliau adalah individu yang tidak mahu menonjol, sebaliknya hanya menyokong di belakang tabir.

Sesungguhnya jasa beliau kepada penduduk kampung ini sangat besar, hanya Allah yang mampu membalasnya, katanya.

tiada-lagi-pak-tapa-insan-mulia-sangat-dermawan

Jen4zah Allahyarham Mustafa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Baruh Alai, 3.30 petang tadi.

Terdahulu, jen4zah dimandi dan dik4fankan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah sebelum dibawa ke rumahnya di Kampung Baruh Alai untuk disembahyang dan dikebumikan.

Kira-kira 500 ahli keluarga, sahabat handai serta penduduk kampung termasuk Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka Datuk Abd Razak Abd Rahman hadir memberi penghormatan terakhir.

tiada-lagi-pak-tapa-insan-mulia-sangat-dermawan

Mustafa, 59, disahkan maut selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki GTR 1400 yang ditunggangnya hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam di Kilometer 6, Jalan Kuala Pilah-Tampin sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang lalu tercampak ke bahu jalan.

Mangsa yang berkonvoi bersama kira-kira 30 penunggang lain dalam perjalanan pulang dari Raub, Pahang ke Melaka.

Akibat kemalangan itu, mangsa patah di pergelangan kaki kiri dan parah di kepala akibat hentakan kuat.

Semoga rohnya dicucuri rahmat perginya seorang isan mulia yang pasti ramai yang akan setiasa mengingati akan dirinya. Al fatihah.

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo
Wasap : Abee Sey
www.wasap.my/+601151688713