Tiada lagi keletah sibongsu, Ajaalnya djalan ayhnya paraah!

Kluang : Seorang kanak kanak perempuan berusia tujuh tahun men1nggal dun1a manakala bapanya p4rah selepas motosikal mereka dirempuh Toyota Vios dalam kemalangan di Jalan Besar di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, mangsa, Nur Syafiah Munirah disahkan meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.

Manakala bapanya, Zulnawarin Sarman, 49, p4tah kedua dua belah p4ha dan pergel4ngan t4ngan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati penunggang motosikal dari arah bulatan Batu Pahat menghala ke Jalan Besar manakala pemandu Toyota Vios dari arah Jalan Besar membelok ke kanan menghala ke Jalan Tasik.

Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kereta berusia 20 tahun disyaki telah langgar bahagian kanan motosikal berkenaan.

Akibat dari perlanggaran tersebut, penunggang dan pembonceng motosikal mengalami keceder4an dan menerima rawatan di Hospital Kluang namun pada 1.45 petang pembonceng disahkan meninggal dunia di Hospital Kluang, katanya ketika dihubungi hari ini.

Hang Seng berkata, punca kem4langan masih dalam siasatan dan kenderaan terbabit ditahan untuk pemeriksaan Puspakom.

Saringan ujian air kencing telah dijalankan ke atas pemandu Toyota Vios dan negatif namun ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,ujarnya.

Semoga ibu arwah adik Nur Syafiah tabah atas permergian sibongsu tersayang yang setiasa menceriakan keluarga, semoga suaminya cepat sembuh dan roh arwah adik Syafiah tenang disana. Al fatihah