Tiada lagi celoteh Erry dan Tiha di L1VE fb mereka promosi perniagaan dalam talian!

Kota Tinggi :Pilu pergi mu yang baru 4 bulan bergelar suami isteri, mereka diijabkabulkan sekitar awal June lalu.

Mereka berdua amat serasi giat mengembangkan perniagaan dalam talian selalu membuat l1ve melalui laman facebook masing masing.

Arwah Suhairi Katwali, 30, amat dikenali kerana banyak bergiat aktif dalam kelab perodua Viva nya banyak membantu masyarakat memberi bantuan amal kepada mereka mereka yang terkesan dengan pendemik C0V1D19.

Permergian Suhairi dan isteri amat mengejutkan dia yang lebih mesra dipanggil Erry amat peramah selalu bersiaran langsung dilaman facebooknya.

Kosmo Online melaporkan sepasang suami isteri m4ut selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Felcra Sungai Ara di sini petang tadi.

Kejadian pada pukul 5.45 petang itu menyebabkan m4ngsa dikenali sebagai Suhairi Katwali, 30, dan isterinya, Norfatihah Mod Nasir, 32, men1nggal dunia di lokasi kejadian.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Wahid berkata, seramai 10 anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan itu.

Kemalangan melibatkan sebuah Perodua Viva dinaiki sepasang suami isteri dengan sebuah lori treler jenis Scania. Pemandu lori yang cedera keluar sendiri daripada kenderaannya.

Pemandu dan penumpang kereta tersep1t, Pihak bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

Kedua-dua mangsa dikeluarkan dan disahkan men1nggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala pemandu lori yang cedera dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk mendapatkan rawatan.

Jenazah Allahyarham Suhairi Katwali (Herry Svs) akan dikebumikan pagi ini di Pontian Dan Allahyarhamah Norfatihah Md Nasir Isteri Aruah di Tenggaroh 4.

Semoga keluarga kedua dua mereka tabah pergi dijemput ilahi bersama dihari jumaat yang mulia. Al fatihah.