Terpisah sbb PKP, ” Papa mama pulang hanya dpt tatap jasd Huffaz ” (6Gmbr)

Kota Bharu : Seb4k dan pilu apa yang berlaku arw4h adik Huffaz tinggal bersama datuk dan nenek dikampung manakala Papa mama serta abangnya tinggal diSungai Buluh Selangor.

Huffaz dan keluarga terpis4h akibat PKP, Papa Mama serta abang sulungnya tidak dapat pulang ke kampung untuk berjumpanya disebabkan PKP.

Hanya datuk dan nenek lah tempat Huffaz tumpang bermanja atuk dan nenek melayannya penuh kasih sayang, namun pada hari kejadian sedikit kelekaaan mereka, Huffaz ditemui meninggal dunia lem4s ditali air berdekatan dengan rumah mereka.

SH melaporkan seorang datuk tidak menyangka gurauan manja berebut alat kawalan jauh televisyen menjadi kenangan terakhir sebelum cucunya berusia tiga tahun ditemukan lem4s dalam tali air di Kampung Jambu Merah, Melor pada petang Isnin.

Che Mohd Noor Awang, 61, berkata, khabar duka itu hanya diketahuinya selepas dia selesai menunaikan solat fardu asar.

Bagaimanapun, isteri saya Roslia Mahmud, 55, terlebih dahulu mengetahui kejadian menimpa Muhammad Huffaz Wafri Mohd Zulfika.

Namun dia rahsiakan dahulu kerana bimbang kesihatan saya yang menghidap penyakit lem4h j4ntung, katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kampung Jambu Merah di sini.

Menurutnya, sebelum kejadian Muhammad Huffaz Wafri ada datang meminta alat kawalan jauh untuk menonton televisyen.

Katanya, alat kawalan jauh itu tidak diberikannya kerana televisyen tersebut baharu sahaja dibaik pulih selepas tetapan berubah mentebabkan isyaratnya gagal berfungsi.

Che Mohd Noor yang menjaga cucunya itu sejak lahir berkata, Muhammad Huffaz Wafri kemudian diminta untuk bersama dengan neneknya kerana dia mahu berehat seketika.

Dia berkata, sebelum itu cucunya sempat minum susu.

Sejujurnya saya tidak sedar bagaimana dia boleh keluar dari rumah, mungkin neneknya terlelap masa dia keluar, katanya.

Che Mohd Noor berkata, kejadian itu disedari oleh isterinya selepas ada jiran yang datang ke rumah dan memaklumkan perkara tersebut.

Menurutnya, cucunya itu ditemukan ter4pung di dalam tali air yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah.

Dia berkata, ibu bapa Muhammad Huffaz Wafri masih lagi dalam perjalanan pulang ke kampung kerana mereka menetap di Sungai Buloh, Selangor.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, polis menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira jam 433 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

M4ngsa kemudian telah dibawa ke Klinik Kesihatan Mahligai di sini dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bed4h siasat, katanya.

Tambahnya, siasatan turut mendapati kes itu tidak melibatkan sebarang unsur jen4yah malah tiada langsung sebarang kesan keceder4an ditemui pada badan m4ngsa.

Semoga Papa dan Mama arwah adik Huffaz tabah nampaknya Papa mama dan abang hanya pulang tatap j4sad kaku arw4h adik Huffaz. Al fatihah.