Terlalu cepat Abieyy prgi, “Hanya sminggu syg jadi istri Abiey ” (6Gmbr)

Kuala Berang: Lelaki yang hilang ketika berenang di Sungai Petuang, Tasik Kenyir, di sini, Sabtu lalu, ditemukan lem4s, pada 7.10 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, m4yat Ami Azzizol Abu Bakri, 21, ditemui terapung di permukaan air, pada jarak 1.5 kilometer dari lokasi kejadian oleh seorang pengusaha rumah rakit.

Katanya, lelaki berkenaan kemudian memaklumkan perkara itu kepada pasukan polis Marin yang meronda di kawasan berhampiran.

M4yat mangsa diangkat oleh pasukan bomba sebelum diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut, katanya.

Beliau berkata, berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang mengambil masa selama tiga hari itu ditamatkan.

Dalam kejadian 5.50 petang Sabtu lalu, m4ngsa dari Kampung Sungai Buaya, Dungun yang sedang menghabiskan percutian bulan madu bersama isteri dan ahli keluarga mentua dikatakan berenang di hadapan rumah rakit disewa mereka tanpa memakai jaket keselamatan.

Ketika berenang, mangsa dikatakan mengalami kekejangan otot sebelum tenggel4m.

Dalam pada itu ibu mangsa menceritkan perihal anak kesayangannya itu, Pada malam sehari sebelum kejadian, dia meminta saya menyimpan elok-elok baju Melayu putih yang dipakai pada hari perkahwinan tanpa mengesyaki apa-apa,” kata Zabedah A Rahman, hari ini.

Zabedah, 58, adalah ibu kepada Ami Azzizol Bakri, 21, yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Petuang, Jeram Harimau, Tasik Kenyir, di sini, pada Sabtu lalu.

Katanya, dia akan setia menunggu dan hanya akan pulang ke rumah apabila mayat anaknya ditemui.

Sejak kejadian, kami sekeluarga tidak putus berdoa, membaca surah Yasin dan melakukan solat hajat di atas rumah rakit berkenaan.

Saya reda dan boleh menerima takdir yang menimpa anak, cuma satu saya harapkan, ingin bertemu dengannya buat kali terakhir walau dalam apa juga keadaan,katanya.

Zabedah yang berniaga di Pasar Besar Dungun berkata, peristiwa itu mengingatkannya kepada arwah anak sulungnya yang meninggal dunia kerana lemas, 17 tahun lalu.

Katanya, anak sulungnya yang ketika itu berusia 21 tahun lemas ketika menyelamatkan sembilan rakan nelayan apabila bot gentian kaca dinaiki mereka karam di muara Sungai Dungun pada 2004 lalu.

Hanya dia yang lemas, manakala semua rakan-rakannya selamat. Kini anak bongsu pula lemas.

Kali terakhir saya bertemunya ketika dia singgah di tempat saya berniaga pada pagi Jumaat lalu selepas membeli sarapan untuk isteri, selain meminta izin untuk menggunakan kereta saya ke Tasik Kenyir.

Sebelum beredar, saya berpesan supaya berhati-hati ketika memandu dan jaga keselamatan semasa berada di Tasik Kenyir.

Seumur hidupnya dia tidak pernah bercuti ke mana-mana tanpa keluarga dan timbul perasaan bimbang apabila dia memberitahu untuk ke Tasik Kenyir bersama isteri dan ahli keluarga mentuanya, katanya.

Zabedah berkata, Ami Azzizol tidak pernah berenggang dan sangat manja dan akrab dengan adik beradik dan anak saudara.

Malah, katanya, dia anak yang baik dan mudah untuk menolong selain sering membantunya berniaga.

Manjanya itu sehingga makan pun ada kalanya masih bersuap, katanya dalam nada sebak.

Isteri arwah paling terkesan permergian suami tersayang yang baru seminggu mereka bergelar suami isteri, Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya apabila melihat suami terkapai-kapai meminta tolong, sedih sangat, masih terbayang-bayang lagi peristiwa itu, kata Syarifah Ramli, 19.

Syarifah terkilan kerana tidak dapat membantu menyelamatkan suami, Ami Azzizol Bakri, 21, yang dikhuatiri lemas di Sungai Petuang, Jeram Harinau, Tasik Kenyir, di sini, Sabtu lalu.

Dia yang mesra dipanggil Efa berkata, peristiwa menyayat hati itu berlaku di hadapan mata, namun tidak berdaya untuk membantu.

Saya akan tunggu di sini sehingga mayat suami ditemui.

Saya mahu menatap wajahnya dan membawa pulang jasadnya untuk disemadikan di sebelah kubur arwah abang sulungnya, Amir Nazri yang meninggal dunia 17 tahun lalu akibat lem4s, katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Menurut Syarifah, banyak perkara dan tingkah laku pelik dilakukan suami sebelum kejadian dan setiap perbualan dan tingkah lakunya itu bagaikan petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.

Katanya, sehari sebelum kejadian, suaminya membeli pakaian, selipar dan telefon bimbit yang semuanya berwarna putih.

Malah, suami beriya-iya membeli baju Melayu putih dan dipakai pada hari perkahwinan, sebelum mengenakan pakaian pengantin, katanya.Al fatihah.