[Terkini] Zura top fan FOP mninggal dunia, ” Kini hanya tinggal pantun2 nya ” (6Gmbr)

Klang : Zura Aziz sangat sinonim dengan ‘ page’ Friends Of PDRM yang mana dia selalu berpantun dan berbalas pantun di komen page terbabit.

Namun malam tadi Zura telah pergi dijemput ilahi pada pukul 11.30 malam selepas ditidurkan akib4t C19, ramai yang terkejut dengan berita ini patutlah mereka kata arw4h sudah lama tidak menulis pantun dikomen page terbabit.

Rupanya sejak 22 Julai lalu Zura dirawat diHospital akibat C19 hampir sebulan menerima rawatan Zura pergi jua dijemput ilahi lewat malam tadi.

Sebelum ini tular kisah Zura Aziz, meskipun sekadar menzahirkannya melalui alam maya yakni menerusi ruangan komen dalam ‘page’ Friends Of PDRM, namun usaha itu jelas membuktikan usaha kesungguhannya bagi menceriakan dan memberikan kata-kata semangat buat abang dan kakak polis.

Pantun-pantun ‘dijual’ Zura Aziz atau nama sebenarnya Nor Azura Abd Aziz, 28, bukan sekadar menambat hati netizen tetapi juga mendapat perhatian ‘admin’ page sehingga sudi hadiahkan sehelai jersi (edisi terhad) Friends Of PDRM ‘ Salute Wira Negara’ kepadanya.

Menurut Zura Aziz, dia terfikir ‘menjual’ pantun sebagai usikan kepada pasukan keselamatan itu setelah melihat gambar-gambar berkaitan anggota polis dimuat naik admin yang pada pandanganya kelihatan seperti tertekan dan keletihan.

Saya baharu ikuti page Friends Of PDRM awal bulan ini, Sebelum ini, saya sekadar memerhati saja sehinggalah sekitar minggu lepas berani tinggalkan komen dan timbul idea berpantun sebenarnya secara spontan setelah melihat satu status.

Pantun pertama saya berunsur jenaka, niat saya ketika itu hanya untuk hiburkan anggota polis, Tidak sangka ada pengguna Facebook yang perasan lalu berikan pelbagai komen, ada yang menyokong dan begitu juga sebaliknya.

Saya sering gunakan ‘tagline’ jiran, ia sebenarnya merujuk kepada diri sendiri, Saya tidak harapkan apa-apa selain berpantun sebagai ucapan terima kasih dan semangat kepada polis selaku barisan hadapan terutamanya bagi perangi C19,katanya ketika dihubungi KitaReporters.

Tambah Zura Aziz yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Meru, Selangor ini, sehingga kini sudah lebih 10 pantun ‘dijualnya’ dan meskipun turut dilemparkan komen negatif namun dia akan tetap berpantun bagi hargai pegawai serta anggota polis.

Katanya lagi, dia juga tidak menyangka apabila ‘admin’ page memuat naik hantaran status pada 24 November 2020 dengan beberapa koleksi pantun ciptaannya dan sudi hadiahkan sehelai baju kepadanya sebagai penghargaan sebagai ‘Top Fan’ paling glamour.

Saya hargai dan berterima kasih kepada ‘admin’ atas kesudiannya itu, Saya juga telah berikan segala maklumat yang diperlukan, katanya yang merupakan pelajar aliran sastera sewaktu di sekolah menengah dulu dan berasal dari Ipoh, Perak.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen ada dalam kalangan pengguna Facebook telah menjadi peminat setia Zura Aziz sehinggakan ternanti-nanti pantun kerana dapat menghiburkan hati sesiapa jua yang membacanya.

Semoga keluarga arw4h tabah dan rohnya tenang disana yang maha esa lebih sayangkan dirinya seorang insan yang sangat baik dan amat disenangi oleh semua orang. Al fatihah.