[Terkini] Ya Allah Apiz, ” x sangka ajaal mu dlm timbunan tnah ” (5Gmbr)

Ipoh : Operasi mencari kenderaan dan m4ngsa tert1mbus dalam kejadian tanah rvntuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands menunjukkan petanda p0sitif apabila kedudukan kenderaan yang tertimbus telah dikenal pasti.

Dalam kejadian pada pukul 1.41 petang itu sebuah kender4an pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire, sebuah kereta dan sebuah lori dipercayai tert1mbus sedalam 50 meter.

Sehingga pukul 6 petang tadi Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak telah mengesan kedudukan kenderaan dan sedang berusaha mengeluarkan m4ngsa yang terperangkap

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, identiti mangsa disahkan sebagai Muhammad Hafiz Hamdi, 31, iaitu pemandu lori sayur yang dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Ipoh.

Katanya, pasukan penyelamat berjaya mengesan kedudukan lori berkenaan dan usaha mengeluarkan m4ngsa tersep1t sedang dijalankan.

Daripada maklumat awal, terdapat seorang m4ngsa iaitu lelaki berusia 31 tahun yang juga pemandu lori terperangkap dalam runtuhan itu berdasarkan maklumat daripada majikannya.

Keadaan m4ngsa bagaimana pun belum diketahui dan usaha menyelamatkannya sedang dijalankan oleh pasukan bomba,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Turut berada di lokasi ialah Pengerusi Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun dan Pengarah JBPM Perak, Azmi Osman.

Pasukan penyelamat menggunakan dua buah eskavator untuk mengorek tanah di lokasi kejadian manakala bantuan jentera sama turut diterima daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Cameron Highlands.

Operasi mencari melibatkan 101 anggota pelbagai agensi termasuk polis dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digunakan untuk membuat rondaan udara dengan menggunakan dron selain menilai jika ada pergerakan tanah.

Perkembangan terkini, m4yat m4ngsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Persekutuan Laluan FT 185 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley telah dijumpai kira-kira jam 8 malam tadi.Al fatihah.