[Terkini] Ya Allah Aidil, ” Selamat Jalan sahabat berakhir tugas mu didunia ” (5Gmbr)

Kluang : Seorang pemb4ntu perub4tan menemui aj4l apabila ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Ayer Hitam Batu 49, Simpang Renggam di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, m4ngsa yang men1nggal dunia dikenali sebagai Aidil Hamidun, 27, dengan insiden itu turut menyebabkan pemandu ambulans, Othman Ghafan, 50, dan seorang pesakit wanita cedera p4rah.

Sementara itu, dua lagi penumpang terdiri daripada lelaki dan wanita yang juga pesakit yang dibawa ceder4 ringan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II Abd. Rahim Razali berkata, maklumat awal mendapati ambulans terbabit dalam perjalanan membawa tiga m4ngsa kemalangan di Machap menuju ke Hospital Kluang.

Sampai di lokasi kejadian, ambulans berkenaan terlibat kem4langan dengan sebuah lori treler di Jalan Ayer Hitam Batu 49, Simpang Renggam, Kluang.

Kem4langan itu menyebabkan berlaku kebakaran ke atas ambulans terbabit sebelum berjaya dipadamkan orang awam menggunakan alat pemadam api, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abd. Rahim berkata, sejurus pihaknya sampai di tempat kejadian, api sudah dipadamkan sebelum melakukan operasi mengeluarkan m4ngsa yang men1nggal dunia.

Beliau berkata, pemandu ambulans serta tiga mangsa yang lain dikejarkan ke Hospital Kluang untuk rawatan lanjut manakala, m4yat m4ngsa diserahkan kepada pihak polis.

Pemandu lori yang berusia 35 tahun dilaporkan selamat dan operasi ditamatkan pada pukul 9.24 malam sebentar tadi. Al fatihah.