[Terkini] Wajaah Brubah,” Bibir Hitam brbirat keadaan terkini Ustz Kazim ” (5Gmbr)

Kuala Lumpur : Pendakwah selebriti, Datuk Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz baru-baru ini menjadi perhatian ramai susulan pendedahan dirinya dis1hir.

Ustaz Kazim yang juga merupakan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah mengalami bengk4k pada bahagian betis dan kaki kirinya.

Keadaan beliau bagaimanapun semakin baik apabila mampu berjalan tanpa bantuan tongkat mahupun kerusi roda Oktober lalu.

Menerusi kuliah Sembang Santai Bersama Duke di laman Facebook rasmi beliau pada Selasa, Ustaz Kazim sempat memaklumkan keadaan dirinya yang terkini.

Pendakwah kelahiran Perak itu mengalami perubahan fizikal yang ketara pada wajah terutamanya bahagian mata dan bibir.

“Inilah dia, jadi tuan puan boleh tengok sendiri macam mana. Saya rasa wajah saya mungkin berubah 50 hingga 70 peratus daripada yang asal.

“Nampak lain kan? Itulah sahaja yang dapat saya beritahu apabila orang bertanya tentang kesihatan saya.

“Lihat mata dan hujung mata, lihat bibir dan bawah bibir. Habis jadi hitam,” katanya.

“Saya berpendapat, penyakit yang saya hadapi ini ada berkaitan dengan ‘ain.

“Oleh itu saya kini sedang membuat rawatan,”“Jika tidak sembuh juga, saya kena mandi di sungai pada waktu Subuh,” katanya.

Menurut beliau, rawatan mandi air sungai perlu dilakukan beberapa hari sebagai usaha mendapatkan kesembuhan.

Dalam penstriman secara langsung, Ustaz Kazim turut mengulas bahaya penyakit ‘ain setelah ditanya penonton.

“Ada yang bertanya penyakit ‘ain itu bahayakah? Rasulullah menyebut penyakit ‘ain ialah penyakit yang paling cepat membawa kematian. Ia bukan penyakit biasa.

“Saya lebih nampak diri saya (mengalami) penyakit ‘ain iaitu penyakit mata orang yang mempunyai hasad. Jadi ia cukup bahaya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta titipan doa daripada semua agar diberikan kesembuhan segera.

Sama-samalah kita doakan Ustaz Kazim sembuh segera dan terus berkongsi ilmu agama kepada masyarakat.Credit Sinar Plus.