[Terkini] Ustazah Aishah sempat mengajar Al Quran, ” x sangka smlam kelas trakhirnya ” (5Gmbr)

Ipoh: Permergian Husnul khotimah seorang yang sentiasa dekat dengan Allah tidak pernah jemu mendidik anak anak di Sekolah Tahfiz tidak cukup dengan itu mengajar mengaji Online dirumah lepas solat maghrib.

Sebak luahan abang kepada Noor Aishah Mohd. Tahir, 26, atau lebih mesra dengan panggilan ustazah Aishah wanita yang men1nggal dun1a dalam kem4langan di Jalan Chemor-Jelapang di sini hari ini, tidak menyangka gurauannya dengan adiknya itu semalam merupakan kenangan terakhir mereka.

Abu Bakar Sideq, 32, berkata, dia sempat mengusik adiknya yang merupakan guru agama di Sekolah Menengah Tahfiz Al-Itqon di Seri Manjung ketika mangsa sedang menyemak bacaan al-Quran pelajarnya.

Arw4h adik sempat membuat panggilan video bersama muridnya untuk sesi pembelajaran al-Quran secara dalam talian, kata Abu Bakar Sideq Mohd Tahir, 33, abang kepada wanita yang men1nggal dunia selepas kereta dipandu dirempvh lori di Jalan Chemor-Jelapang di sini, hari ini.

Noor Aishah yang merupakan satu-satunya adiknya itu mengajar mengaji menerusi panggilan video selama sejam bermula pukul 8 malam.

Selepas solat maghrib, Aishah mulakan kelas online dengan menyemak bacaan pelajarnya. Kelas berlangsung dalam tempoh sejam.

Saya sempat usik-usik mereka, saja kacau pelajarnya semasa mereka sedangĀ  mengaji katanya,Anak sulung daripada dua beradik itu berkata, arw4h adiknya mengajar di sebuah sekolah agama di Manjung, dekat sini.

Abu Bakar Sideq abang Ustazah Aishah

Katanya, ketika kejadian adiknya dalam perjalanan pulang ke rumah keluarga mereka di Batu 7, Jalan Tanjung Tualang.

Arw4h adik tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara cuma ketika berada di rumah saya dia sempat mengajar muridnya dengan membuat panggilan video.

Dia memegang al-Quran untuk menyemak bacaan muridnya,katanya ketika ditemui di Jabatan F0rensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Bercerita lanjut, Abu Bakar berkata, adiknya keluar dari rumahnya selepas bersarapan, sebelum dia menerima panggilan daripada polis memaklumkan kejadian menimpa adik kira-kira jam 11 pagi.

Ketika itu saya belum mengetahui keadaan sebenarnya kerana dimaklumkan adik tidak sedarkan diri dan bergegas ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, Allah lebih menyayanginya dan kami sekeluarga menerima ketentuan ini seadanya, rasa sedih memang ada tetapi kita memahami dalam agama ini sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya dan Allah S.W.T akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik Insya Allah,katanya.

Katanya, bed4h siasat dijalankan hari ini dan jen4zah dijangka dikebumikan malam ini di Tanah Perkubur4n Islam di Kampung Tersusun Batu 6, Jalan Tanjung Tualang. Al fatihah.