[Terkini] Untuk negara Shah bangkitt ,” Doakn nya pulih dari Cdera ” (5Gmbr)

Tokyo : Shah Firdaus Sahrom kini dihantar ke H0spital untuk menerima rawatan selepas layak ke suku akhir acara Keirin sebentar tadi.

Dia mengadu tidak selesa (sesak n4fas) selepas acara pusingan repechage yang membolehkan dirinya layak ke suku akhir yang akan berlangsung esok, selepas menerima rawatan dia disahkan p4tah tul4ng rusuk oleh pihak perubatan.

Sama sama kita doakan Shah kembali pulih dan dapat meneruskan perlumbaan suku akhir yang akan berlangsung pagi esok.

Dalam pada itu jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, memberikan gambaran awal betapa dia akan berusaha sebaik mungkin untuk membutirkan pingat emas pertama negara apabila mengungguli pusingan saringan acara Keirin sebentar tadi.

Dalam saringan ketiga di Velodrom Izu itu, Azizulhasni layak ke suku akhir selaku juara di depan pelumba Trinidad and Tobago, Nicholas Paul.

Terdahulu, seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom, mempamerkan semangat juang yang luar biasa selepas terlibat dalam kem4langan saringan kedua.

Pelumba kelahiran Muar, Johor itu dihimpit oleh pelumba Great Britain, Jack Carlin, sehingga terj4tuh dan tidak dapat meneruskan perlumbaan yang dimulakan semula itu.

Bagaimanapun, meskipun disahkan mengalami keceder4an di bahagian rusuknya, Shah Firdaus memilih untuk menyertai pusingan repechage bagi merebut tempat ke suku akhir.

Dan dia sekali lagi hampir terj4tuh pada pertengahan perlumbaan itu sehingga suatu ketika berada di kedudukan paling belakang.

Namun, dengan penuh keazaman, Shah Firdaus melakukan henjutan terakhir dalam kes4kitan untuk menamatkan saingan itu di tempat kedua di belakang Kwesi Browne (Trinidad and Tobago), sekali gus mengesahkan tempat ke suku akhir.