[Terkini] Tuan Guru Pakteh Mad mninggal duniaa, ” Hilang lagi Tokoh Ulama kita ” (5Gmbr)

Alor Setar : Tokoh ulama Kedah, Datuk Ahmad Mohd. Nor atau lebih dikenali sebagai Tok Guru Pak Teh, 96, men1nggal dunia di Hospital Kuala Nerang hari ini akibat jangkitan p4ru p4ru.

Menurut anaknya, Wan Najidah Ahmad, 46, Allahyarham menghembus nafas di sisi dua doktor yang merawatnya pada pukul 1257 pagi.

Doktor beritahu ada jangkitan pada paru-paru arw4h, Ayah dimasukkan ke hospital pada malam Jumaat lepas dan kesihatannya merosot walaupun kuman di paru-paru sedikit sahaja. Tuhan lebih sayangkan arwah, kami reda.

Arw4h akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Gelanggang Kuala Nerang hari ini dan pengebumian akan diuruskan oleh pihak hospital, katanya di sini hari ini.

Kata Wan Najidah, anggota keluarganya reda kerana tidak berpeluang menguruskan pengebumian tersebut memandangkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan.

Saya harap semua doakan permudahkan urusan ayah saya, Kami sekeluarga reda kerana sejak dibawa ke hospital Jumaat kami langsung tidak boleh ziarah arw4h, Kebumi pun hospital akan uruskan, katanya.

Bercerita lanjut katanya, Allahyarham sempat meminta kakitangan hospital mengurusnya untuk solat Isyak sebelum tidur semalam.

Arwah suka solat walaupun tak sihat ayah akan solat dengan sempurna iaitu berdiri, Cuma bila keadaan kesihatannya makin tidak baik ayah akan solat duduk.

Semalam ayah sempat solat sehingga hujung nyawanya, katanya,Ahmad meninggalkan seorang isteri, Datin Wan Salehah Wan Ibrahim, 83 dan 10 anak.

Dilahirnya pada 16 November 1925 di Kampung Tanjung Mukim Padang Terap, Allahyarham merupakan Pengasas Maktab Mahmud Padang Terap dan Pondok Ahmadiah di sini.

Allahyarham mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Padang Terap; Madrasah Sa’adatun Daroian, Merbok; Pondok Pulau Rotan, Nako Nambua; Madrasah Al-Islamiah, Gajah Mati dan Madrasah Soulatiyyah, Mekah.

Kehilangan Allahyarham disifatkan kehilangan besar dalam institusi keagamaan negara apabila Ahmad menabur bakti sehingga hujung nyawanya di madrasah berkenaan.Al fatihah.

Jenazah Allahyarham Tuan Guru Haji Ahmad (Pak Teh Mad) selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Gelangang, Kuala Nerang, Kedah, berdekatan dengan makam ayahandanya, Tuan Guru Haji Mohammad Noor dan ulama lain, Tuan Guru Haji Yaakob.

Moga Allah Taala menerima segala amal ibadat Allahyarham dan menempatkan Allahyarham di kalangan mereka yang mendapat Syurga Tertinggi. Amin, Al fatihah.