[Terkini] Tiga mninggal kmalangan di Kuantan,” Trmasuk seorng kanak2 brusia 5 thun ” (5Gmbr)

Kuantan : Tiga individu m4ut manakala empat lagi ceder4 dalam kem4langan babit dua kenderaan di Jalan Kuantan-Maran berhampiran pusingan U Batu 3, Tanah Putih, di sini malam tadi.

Mereka yang men1nggal dunia ialah Adzarul Fadzlie Ahmad Roki 33, Azura Iskandar Mohamad, 32 dan Nur Izara Al Aishah, 5.

Empat terceder4, Mohd Fairus Md Yusof , 40; Mohamad Al Hafiz Ikram Mohd Fairus, 11; Nurul Al Aziana Ashikin, 10 dan Mohamad Al Alif Ikmal, 9.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kemalangan dipercayai berlaku pada 11.30 malam apabila Proton Iswara dipandu Adzarul Fadzlie dari arah Gambang menghala ke Kuantan.

Katanya, ketika tiba di lokasi, kereta m4ngsa dipercayai hilang kawalan dan bergesel dengan Proton Saga yang dipandu Mohd Fairus, dinaiki bersama isteri dan empat anaknya.

Akibat pelanggaran itu, kedua-dua kenderaan terbabas ke bahu jalan di sebelah kiri yang menyebabkan kereta Proton Iswara terbakar.

Kemalangan itu menyebabkan tiga m4ut iaitu pemandu Proton Iswara men1nggal dunia akibat terbakar di seluruh badan, manakala dua penumpang Proton Saga, Azura Iskandar dan Nur Izara Al Aishah men1nggal dunia akibat mengalami keceder4an di kepala.

M4ngsa cedera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini untuk rawatan,katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarulzaman meminta kerjasama saksi awam yang melihat kejadian untuk tampil bagi membantu si4satan kes berkenaan,Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Pahang), Ismail Abdul Ghani berkata, seramai 16 pegawai dan anggota daripada tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota, Kuantan dan Taman Tas ke lokasi sebaik dimaklum kejadian pada 11.34 malam.

Kekuatan logistik membabitkan dua jentera FRT dan satu jentera EMRS, katanya. Al fatihah.