[Terkini] Tiga beradik yatim piatu, ” Ayah & ibu dijemput ilahi otw temujanji di HTAA ” (5Gmbr)

Kuala Terengganu : Suami isteri yang m4ut akibat kem4langan di Kilometer 41.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Selawa, Merchang, Marang dikatakan dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.

Anak saudara m4ngsa, Mohd Syukri Musa, 36, berkata, bapa saudaranya, Ahmad Arshad Mamat, 50, ke hospital berkenaan untuk membuat pemeriksaan j4ntung.

Katanya, bapa saudara yang sebelum ini bekerja sebagai buruh binaan membuat pemeriksaan j4ntung setiap tiga bulan sekali,Setiap kali ke sana (HTAA) dia akan membawa isteri dan tiga anak menemaninya.

Saya tinggal berjiran dengan mereka dan sedar keluarga itu keluar rumah pada 7 pagi tadi, katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan F0rensik Hoapital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, hari ini.

Syukri berkata, dia mengetahui kem4langan menimpa bapa saudara and ibu saudaranya, Rozita Mamat, 41, selepas dihubungi jiran yang berada di lokasi kejadian.

Menurut Syukri, jirannya dalam perjalanan ke Melaka untuk menghadiri majlis konvokesyen sebelum mendapati kenderaan dinaiki bapa saudara terbabit kem4langan.

Saya bekerja di Paka dan kebetulan pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baru Cina.

Ketika menerima panggilan itu saya berada di rumah dan bergegas ke lokasi kejadian, katanya yang tinggal di Kampung Bukit Depu, Kuala Terengganu.

Menurutnya, m4ngsa memiliki tiga anak iaitu Nur Ain Fitriyah, 17; Muhammad Adami Najmudden, 13, dan Muhammad Adzli Abid Muayyad, 7.

Ketiga-tiganya yang p4rah masih dirawat di HSNZ dan seorang daripada mereka dirawat di Unit Kecem4san, katanya.

Menurutnya, jen4zah bapa dan ibu saudara akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Depu, di sini, malam ini sebaik selesai bedah siasat.

Dalam kejadian 8 pagi tadi, Ahmad Arshad men1nggal dunia di Klinik Kesihatan Merchang, manakala Rozita m4ut di tempat kejadian.Al fatihah.