[Terkini] Tidurlah wahai Bidadari syurga ku, ” Abg akan jaga ank ank kita ” (5Gmbr)

Tangkak : Seorang operator pengeluaran di sebuah kilang di sini reda kehil4ngan isterinya selepas ditidurkan selama 14 hari akibat j4ngkitan C19 pada 20 Julai lalu.

Lebih memeritkan, isteri­nya, Nur Farahin Emilya Ahmad Tarmezy, 27, ditidurkan selepas melahirkan anak ketiga mereka melalui pembed4han ketika k4ndungan berusia tujuh bulan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar dekat sini.

Faizal Dali, 26, sebelum ini yakin isterinya akan pulih, namun reda kini bergelar bapa tunggal kepada tiga anak termasuk bayi yang baru dilahirkan isterinya itu.

Ketika itu isteri telah hamil tujuh bulan dan dia pergi ke klinik kesihatan untuk mela­kukan pemeriksaan bulanan, Bagaimanapun tekanan darah­nya tinggi menyebabkan dia dirujuk ke hospital dan disahkan positif C19.

Sebaik mengetahui keputusan itu, saya bersama dua anak berusia empat dan dua tahun melakukan ujian sama sebelum kami seisi keluarga termasuk ibu mentua saya disahkan p0sitif.

Kemudian, saya bersama anak sulung, Muhammad Hamka menjalani kuarantin di Segamat, manakala anak kedua, Nur Dyaa Karlisa bersama ibu mertua dikuarantin di Johor Bahru, kata­nya ketika ditemui di sini.

Menurut Faizal, sewaktu arw4h Nur Farahin Emilya berada di wad C19, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, mereka sering membuat panggilan video dan dia melihat keadaan isterinya yang sering lelah dan sukar bern4fas.

Setelah dua hari berada di wad, d0ktor memutuskan untuk isteri menjalani pembedahan meskipun ketika itu usia k4ndu­ngannya baru tujuh bulan, selepas selamat bed4h dia perlu ditidurkan.

Masa itu jururawat sempat membuat panggilan v1deo untuk saya lihat wajahnya dan nampak isteri agak lemah katanya sebak.

Ujar Faizal, dia tidak me­nyangka itulah kenangan ter­akhir melihat wajah isterinya yang masih bern4fas sebelum wanita itu kemudian men1nggal dunia setelah 14 hari ditidurkan.

Terdahulu, Faizal menerima sumbangan daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) dan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) berupa barangan ke­perluan serta wang tunai.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Zaiton Ismail yang turut membuat kunjungan di kediaman ibu mertua Faizal di Taman Tun Syed Nasir bagi pe­nyampaikan sumbangan itu.Al fatihah.