[Terkini] Tiada lagi wafi ank manja ayh ibuu, ” Ajaalnya dseret lembu ksayangan ” (5Gmbr)

Tanah Merah : Sebak dan pilu arw4h adik wafi seorang anak manja yang selalu membantu ayah dan ibu digerai jualan buah buahan milik keluarga mereka, kini tiada lagi wafi pergi dijemput il4hi dalam ins1den pilu yang menimpa dirinya.

BH melaporkan seorang kanak kanak lelaki 6 tahun men1nggal dunia akibat diseret lembu ketika teman ayahnya, sebak luahan ayah kepada BH, Lembu itu sudah seperti rakan karib arw4h anak saya dan menjadi binatang kesayangannya sejak dua tahun lalu.

Saya tidak sangka ajalnya berakhir disebabkan lembu berkenaan, kata Raja Hishamuddin Raja Yusuf, 29, iaitu bapa kepada Raja Abdul Wafi, enam tahun, yang m4ut akibat diseret lembu sejauh 50 meter, dalam kejadian di Kampung Rahmat, Jeli jam 6.40 petang semalam.

Bapa kepada anak itu berkata, sudah menjadi rutin setiap hari anak sulungnya itu akan mengikutnya ke padang untuk membawa pulang lembu peliharaannya.

Setiap petang kami berdua akan bersama-sama ke padang mengambil 13 ekor lembu yang ditambat di lokasi berkenaan kira-kira satu kilometer dari rumah.

Lembu itu memang menjadi kesayangan anak saya kerana sudah dua tahun kami menjaganya sejak Abdul Wafi berusia empat tahun, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, ketika kejadian seperti biasa dia akan mencabut tunggul lembu berkenaan serta yang lain-lain dan akan melepaskannya, sementara dia dan arwah anaknya akan mengikut dari belakang dengan menunggang motosikal.

Bagaimanapun ketika itu, saya yang berada tidak jauh dari lokasi tiba-tiba terkejut melihat arwah sudah diseret lembu berkenaan, namun saya tidak boleh mengejarnya kerana bimbang lembu berkenaan lari lebih laju.

Saya tidak tahu bagaimana lembu berkenaan boleh lari, mungkin ketika itu anak saya sedang bergurau dengan lembu itu menyebabkan binatang itu berlari dalam keadaan tali terbelit pada kaki anaknya.

Saya hanya menghampiri anak selepas lembu berkenaan berhenti berlari dan ketika itu Abdul Wafi sudah tidak sedarkan diri, katanya sambil menahan sebak.

Raja Hishamuddin berkata, walaupun sedih dengan kehilangan mengejut anak kesayangannya itu, namun dia reda dengan ketentuan takdir.

Sejak kebelakangan ini arw4h begitu prihatin terhadap lembu berkenaan dan jika saya ke padang tanpa membawanya, dia akan merajuk.

Lembu itu juga sangat jinak dengan anak saya dan apa yang berlaku itu memang mengejutkan kami sekeluarga.

Malah sehingga kini keadaan emosi isteri saya masih tidak stabil, lebih-lebih lagi dalam keadaan mengandung, katanya yang jen4zah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Lanas, Jeli.

Dalam kejadian jam 6.40 petang semalam, Raja Abdul Wafi men1nggal dunia di Hospital Jeli akibat kecederaan p4rah di kepala berikutan diseret lembu sejauh 50 meter. Al fatihah.