[Terkini] Tiada lagi Cikgu Sohaimi , ” Ajaal bersama Superbike kesayangan ketika Ride ” (5Gmbr)

Kuala Berang: Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ubai di Pekan, Pahang men1nggal dun1a selepas lebih dua jam menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu (HHT) di sini, petang semalam.

Sebak luahan bekas anak muridnya ” Innalillahi wainna ilaihirojiun Cg Sohaimi Karim GPK Kokurikulum SMK Ubai. Pernah mengajar di Seri Pekan, SMK Indera Shahbandar, SMK Pekan, SMK Nenasi, SMK Paloh Hinai dan di SMK Ubai.

Mohd Zarim Miswan bersama Cikgu Cikgu Sohaimi

Tiada lagi ride bersama, minum bersama, lepak rumah cg kat nenasi mnum kelapa muda, Allahuakbar. 😭😭😭 Al fatihah buat cikgu.
Cikgu la yang marah saya masa sy lambat training bola masa form4. Cikgu denda saya lari padang 20 pusingan.

Cikgu yg train saya olahraga, cikgu la yg sepak terajang masa training smpai dpt pingat emas. Cikgula guru kelas kami Kelas 4B SMK Seri Pekan. Kami nakal dulu².

Sekarang sy dah jd cikgu. Cikgu lah antara orang yg paling gembira bila Seri Pekan johan MSSD Pekan thn lepas. Cikgu yg suruh saya train budak2 SP secara keras disiplin. Cikgu banyak bgtau suruh jaga Seri Pekan. Alhamdulillah sy sempat tunaikan hajat cikgu.

Cikgu la org pertama sy wasap bila sy beli moto. Cikgula yg ajar sy masa mula mula ambik moto besar. Cikgula org pertama ajak saya testride Pekan – Indera Sempurna. Kita pakai moto jenis sama warna lain. Dan kita upgrade moto sama sama. Ride sama sama ngn moto baru.

Cg nak upgrade moto. Cikgu mntak tlg sy jualkan moto masukkan dalam mudah. Saya tolong jual moto z8 cikgu dalam mudah. Cikgu tolong saya bawak moto saya ke kedai arwah abuya masa moto sy problem. Arw4h abuya ngn arw4h cg yg tolong baiki. Kedua duanya dah arwah 😭😭😭.

Cikgu mntak sy beli helmet AGV sama2 siap sarung helmet tu kat saya. Tp sbb xngam saiz ngn sy, cg beli sorangSelalu cg wasap bila ride kemana mana. Tapi harini cg senyap x kabo pun. Tahu confirm bila inspektor guna hp cg wasap dlm group moto.

Semoga tenang d sana. Arwah sangat baik. Arwah x ride laju. Slalu kat belakang bila ride. Harini arwah xcdent masa ride solo dari terengganu menghala kuantan, terbabas sebelum RnR Ajil. Semua xtau apakah urusan cikgu ke sana, bila, kenapa. Mmg ajal yg menjemput cikgu.

Esok lusa sy akan terasa kehilangan xde wasap ajak ride ngeteh.
Alfatihah buat cikgu yg saya sayang. – Mohd Zarim Miswan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, Sohaimi Karim, 54, dari Taman Rendang Ixora, Pekan dikejarkan ke hospital kerana p4rah.

Motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terb4bas di Kilometer (KM) 411.2 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil di sini, pada 3.20 petang.

M4ngsa yang bersendirian menunggang Suzuki GSR750 dipercayai dalam perjalanan pulang dari Batu Rakit, Kuala Nerus.

Sebaik tiba di susur berselekoh ke R&R Ajil, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan hingga menyebabkannya terc4mpak.

Kejadian itu menyebabkan m4ngsa ceder4 di d4da dan dikejarkan ke HHT untuk mendapatkan rawatan,katanya ketika dihubungi.

Mohd Adli berkata, m4ngsa disahkan men1nggal dunia pada 5.44 petang,Katanya, m4yatnya dibawa ke Unit F0rensik Hospital Hulu Terengganu untuk saringan C19 dan proses bedah si4sat, kes disi4sat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.Al fatihah.