[Terkini] Terlalu lekaa ber Tik.Tok ,” isterii ini bakal dcerai suamii ” (5Gmbr)

Kuala Terengganu : Seorang suami mengugutt untuk menceraikan isterinya kerana cemburuu dan bosan dengan wanita berkenaan yang sering menghabiskan masa melayan aplikasi media sosial, TikTok.

Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Negeri Terengganu, Moktar Salleh berkata, situasi itu berlaku pada tahun ini melibatkan pasangan suami isteri dari sebuah daerah di Terengganu yang berusia lingkungan 30-an.

Menurutnya, si isteri kini diberi masa oleh suaminya untuk berubah sebelum kes tersebut dirujuk ke Mahkamah Syariah.

Apabila si isteri asyik bermain TikT0k dan ramai yang tengok serta meninggalkan tanda suka (like), secara tidak langsung si suami rasa tertinggal selain cemburu.

Keadaan bertambah buruk apabila si suami minta isteri berhenti, namun tidak diendahkan wanita itu dengan alasan mahu menghilangkan rasa bosan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Situasi itu menyebabkan berlaku ketegangan dan pihak suami kata, kalau tidak berhenti aku cerai kamu,ujarnya ketika ditemui pemberita pada Rabu.

Sehubungan itu, Moktar menasihati pasangan suami isteri supaya sentiasa bertolak ansur dan pihak suami pula tidak melafazkan talak dengan sembarangan.

Jelas beliau, penceraian dengan alasan remeh-temeh dan tidak munasabah sering berlaku dalam kalangan masyarakat di negara ini.Credit Sinar Harian.