[Terkini] Syg maafkn abg, ” Apit mninggal sehari selepas ayhnya disbbkan C19 ” (6Gmbr)

Sungai Petani : Buat isteri aku, maafkan abang kalau abang gagal membahagiakan anak-anak dan isteri, ayah dah cuba buat yang terbaik, ingat pesan dan amanah ayah, solat dan al Quran jangan bagi depa tinggal.

Itu coretan terakhir pengawal keselamatan, Mohammad H4fizuddin Abdul Halim, 36, kepada isterinya Sunani Yusuf yang dimuat naik dalam Facebook (FB) miliknya dua hari sebelum men1nggal dun1a akibat C19 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, Khamis lalu.

Dalam coretan itu, Allahyarham Moh4mmad Hafizuddin turut memohon maaf kepada ibu dan bapanya kerana tidak sempat membalas jasa mereka.

Malah, anak sulung daripada sembilan beradik turut berpesan kepada ahli keluarga supaya menjaga semua anaknya yang berusia dua hingga 13 tahun sekiranya dia sudah tiada.

Lebih menyedihkan, Allahyarham yang ditidurkan juga tidak mengetahui bapanya, Abdul H4lim Abdullah, 59, men1nggal dun1a sehari sebelum itu di hospital sama.

Adik ketiga Allahyarham, Muh4mmad H4fizan Abdul Halim, 32, berkata, dia dan arwah memang rapat namun terpaksa menerima kenyataan yang abangnya sudah tiada buat selama-lamanya.

Bukan saja abang, malah sehari sebelum itu kami sekeluarga terpaksa menerima berita pemergian bapa yang men1nggal dun1a juga akibat C19 selepas dua hari dimasukkan ke hospital.

Kami adik beradik terpaksa menghadapi semua ini dengan tabah dan kuat selain berharap dapat menunaikan permintaan arw4h abang untuk menjaga keluarganya, katanya.

Muhammad Hafizan berkata, abangnya terlebih dahulu dikesan p0sitif dan menjalani rawatan selama 16 hari di HSAH namun kesihatannya merosot dan terpaksa ditidurkan selama dua hari.

Selepas abang, bapa mula berasa badannya lemah dan demam namun arw4h mendakwa itu berlaku kerana dia terlupa makan ubat d4rah tinggi dan kencing manis yang dihidapinya.

Bagaimanapun, selepas dibawa ke hospital, dia didapati positif C19 sebelum ditahan dan diberikan rawatan kecemasan,katanya.

Menurutnya, selepas dua hari menerima rawatan bapanya men1nggal dun1a jam 10.42 malam Rabu disusuli abang jam 7 malam keesokannya.Al fatihah.