[Terkini] Sudah 4 hari ank syurga kami prgi, ” Terasa dia masih ada bersama kami ” (5Gmbr)

Kuala Lumpur : Kami datang bertiga ke Ohana , tapi balik berdua saja,demikian tulis penyanyi Caliph Buskers, Azmi Saat dalam hantaran terbaru di Instagram selepas pemergian anaknya, Khairul Afnan yang men1nggal dunia akibat komplikasi 0tak.

Dalam hantaran sama, Azmi memaklumkan bahawa isterinya, Nazira Muhammad kini dibenarkan pulang ke rumah.

Hari ini kami sudah dibenarkan keluar dari hospital walaupun mereka sangat menyarankan untuk kami tinggal di sini beberapa hari lagi sehingga isteri saya benar-benar sihat, tulisnya.

Azmi juga berkongsi rasa syukur atas ujian Allah ke atas dia dan isterinya,Itulah takdir. Sehebat mana pun rancangan kita, sekuat mana pun penjagaan kita, tetap Allah yang maha merancang dan pemilik segalanya.

Kami bersyukur Ya Allah dengan ujian ini. Kami reda dan sabar dengan apa yang kau takdirkan untuk kami.

Kau sahajalah yang tahu betapa kuat kami mengharunginya. Moga sabar kami tergolong dalam sabar yang cantik. Ganjarilah kami dengan rahmat dan kebaikan-Mu di dunia lebih lagi di akhirat,” tulisnya.

Azmi juga meluahkan keyakinannya bahawa Allah akan mengurniakan rezeki yang lebih baik buat mereka.

Kami akan kuat. Kami yakin Allah akan berikan yang lebih baik. Nantikan anak kami yang kedua. Insya-Allah, tulisnya.

Semalam, Azmi dan Nazira diduga apabila cahaya mata pertama mereka yang dilahirkan Isnin lalu disahkan meninggal dunia pada jam 1.19 tengah hari semalam.

Sebulm ini Jen4zah anak kepada penyanyi Azmi Saat yang dilaporkan meninggal dunia hari ini selamat dikebumikan sekitar pukul 6.15 petang tadi di tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, Kuala Lumpur.

Sebelum itu, jen4zah Khairul Afnan yang berusia tiga hari telah diuruskan oleh pihak hospital untuk dikafan dan disembahyangkan.

Terdahulu, belum pun seminggu menyambut kelahiran cahaya mata sulung selepas penantian selama 10 tahun, Azmi dan isterinya Nazira diuji selepas anak mereka dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat.

vokalis kumpulan Caliph Buskers itu berkongsi keadaan anaknya selepas doktor mengesyaki bayi itu mempunyai masalah pada bahagian 0tak.

Ujar Azmi, Afnan terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu selepas doktor mengesyaki otak bayi itu tidak berfungsi kerana dia tidak bergerak. Al fatihah.