[Terkini] Subhanallah, ” Dua buah Al-Quran milik Raja Hanasah x dibasahi air banjir ” (5Gmbr)

Petaling Jaya : Inilah bukti kekuasaan Allah SWT. Dua buah al-Quran yang berada di dalam sebuah rumah m4ngsa banjir walaupun paras banjir sudah mencecah bumbung rumah.

Perkara itu dided4hkan Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun ketika dia bersama sukarelawan Sahabat Amal Care (SAC) melawat serta memberi bantuan kepada mangsa banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat hari ini.

Asma yang juga Pengasas dan Penaung SAC berkata, ketika dia melawat sebuah rumah mangsa banjir yang dikenali Raja Hanasah, dua buah al-Quran langsung tidak dibasahi air dan berada dalam keadaan elok.

Pengalaman Puan Raja Hasnah yang sungguh menakjubkan di mana dua buah al-Qurannya tidak dibasahi air walaupun paras banjir sudah mencecah bumbung rumah.

Menurut beliau (Raja Hasanah), ayat terakhir yang dibaca sebelum berlakunya banjir adalah surah al-Quraisy, katanya di laman Facebook hari ini.

Pada hantaran sama, Asma turut berkongsi kisah seorang lelaki dikenali Haji Saad yang sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan ahli keluarga walaupun bantuan daripada pihak luar masih belum diterima.

Katanya, harta benda boleh dicari tapi tidak pada ny4wa, ujar lelaki itu kepada Asma.

Pada masa sama, Asma memberitahu pihaknya bersama beberapa agensi kerajaan lain telah membantu penduduk untuk mencuci kediaman dan kawasan yang terjejas dengan banjir.

Kawasan pembersihan yang pertama dilakukan adalah di surau kerana kebiasaannya ia menjadi tempat tumpuan m4ngsa-m4ngsa banjir berkumpul untuk berehat dan solat.

Bantuan dari segi keperluan asasi turut diagihkan iaitu sebanyak 100 kit makanan, 50 kit mandian, 100 kit ibadah lelaki dan perempuan serta 50 kit tidur, ujarnya. Credit Kosmo.