[Terkini] Srjan ini dipecat, ” Gara gara tolak va ksin dia mgkin hilang pencen ” (4Gmbr)

Seremban : Seorang anggota tentera berpangkat sarjan mendakwa menerima surat arahan pemberhentian perkhidmatannnya dari Kementerian Pertahanaan atas alasan dia menolak untuk menerima v4ksin C19 seperti yang diarahkan.

Wan Ramli Wan Seman, 39, dari Batalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Rasah dekat sini memberitahu, surat pemecatannya itu berkuat kuasa 26 Ogos depan.

Ujar bapa kepada tiga anak itu, keputusannya yang enggan menerima vaksin atas dasar bahawa perkara itu masih belum diwajibkan termasuk kepada petugas barisan hadapan jadi dia mempunyai hak untuk menolak suntikan v4ksin berkenaan.

Kalau saya saya dapat arahan masuk ke dalam hutan, pergi operasi, pergi Lubnan, sertai misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) waima apa sekali pun, saya tetap pergi.

Ini (soal) mahu cucuk ke dalam badan saya, Saya tetap dengan pendirian saya, apa jadi pun saya tidak mahu,katanya ketika ditemui di Bandar Seri Sendayan di sini hari ini.

Wan Ramli yang sudah 19 tahun berkhidmat dalam pasukan tentera berkata, ekoran pemecatannya itu, dia bakal kehilangan wang pencen yang layak diperolehnya kelak.

Selepas didakwa di bawah empat Seksyen Akta Angkatan Tentera 1972 pada 10 Julai lalu saya dijatuhi hukuman 14 hari potong gaji.

Tidak sampai sebulan tarikh perbicaraan pada 3 Ogos lalu saya dapat pula surat pemecatan,katanya yang sangat kecewa kerana selepas hampir 20 tahun berkhidmat dia langsung tidak mempunyai rekod masalah disiplin.

Mana-mana anggota tentera yang ingkar atau enggan untuk menerima v4ksin C19 boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib berikutan melanggar perintah tetap.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan berkata, sebagai anggota tentera, pengambilan v4ksin adalah diwajibkan terutamanya sebelum melaksanakan sesuatu penugasan.

Bagaimanapun, suntikan itu dikecualikan kepada mereka yang tergolong di dalam kumpulan yang tidak layak untuk menerima v4ksin.

Tindakan seseorang anggota tentera yang ingkar atau enggan untuk menerima v4ksin boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah atau melanggar perintah tetap, katanya hari ini.

TDM berkata demikian sebagai mengulas laporan diterbitkan di salah sebuah media bertajuk ‘Sarjan tentera dipecat kerana tolak vaksin C19, hilang pencen’melibatkan Sarjan Wan Ramly Wan Seman.

Menurutnya, pengambilan v4ksin di dalam kalangan anggota TDM diwajibkan atas dasar anggota hidup secara berkelompok.

Selain itu, peranan dan tanggungjawab TDM kini sebagai petugas barisan hadapan dalam melaksanakan penugasan mahupun latihan turut berdepan ancaman C19.

Sehubungan itu, adalah wajar untuk kesemua anggota TDM mengambil v4ksin bagi mengekang penularan yang bukan sahaja akan berlaku dalam kalangan anggota tetapi menjangkiti keluarga. Kosmo.