[Terkini] Slmt berehat ank syrga Ryyan, dialam kekal abadi (5Gmbr)

Dungun : Seorang murid Tahun Lima m4ut akibat diseng4t tebuan dalam kejadian di rumahnya dekat Kampung Minda di sini, petang tadi.

M4ngsa Mohammad Rayyan Fitri Mohd Nazuki, men1nggal dun1a ketika dalam rawatan kecem4san di Klinik Kesihatan Bukit Besi, pada jam 2.30 petang.

Terdahulu, sebelum kejadian kira-kira jam 2 petang itu, m4ngsa bersama kakaknya, Khalis Najwa, 13, berada di dalam sebuah bilik sambil bermain telefon bimbit.

Kakak m4ngsa, dikatakan melihat seekor tebuan memasuki bilik mereka sebelum hinggap dan menyengat tangan kanan adiknya itu, menyebabkan m4ngsa menjerit kes4kitan.

Bapa m4ngsa, Mohd Nazuki Mat Jusof, 42, berkata beliau menyedari kejadian menimpa anak kedua daripada tiga beradik itu sebaik pulang dari mengerjakan solat Jumaat, sebelum bergegas mengejarkan m4ngsa untuk mendapatkan rawatan kecem4san.

Ketika kejadian, isteri saya, Wan Suraya Wan Sudin, 40, berniaga di kedai runcit sebelah rumah dan sebaik saya sampai ke rumah, saya dapati arw4h (m4ngsa) keluar dari bilik menuju ke bilik mandi dan dia sempat memberitahu dia s4kit dengan seluruh badannya terasa panas.

Saya mengiringinya dan sebaik sampai di bilik air, dia rebah dan saya sempat menyambutnya, Ketika itu dia sudah tidak sedarkan diri, katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Dungun, malam ini.

Mohd Nazuki berkata, kira-kira setengah jam dalam rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Bukit Besi, anaknya disahkan men1nggal dun1a.

Saya tidak tahu bagaimana tebuan itu masuk ke dalam rumah, sedangkan bilik anak saya tidak mempunyai tingkap dan sebelum ini tidak pernah tebuan masuk ke rumah tetapi ini kejadian kedua selepas anak bongsu disengat tebun tahun lalu, katanya.

Mohd Nazuki berkata, tahun lalu, anak bongsunya, Darwisy Ihsan, 7, disengat tiga tebuan ketika bermain berhampiran rumahnya.

Saya reda dengan apa yang berlaku tetapi sangat terkejut kerana hanya disebabkan satu sengatan, Rayyan men1nggal dun1a,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Katanya, m4yat m4ngsa dihantar ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kem4tian. Al fatihah.