[Terkini] Shah Jahan Sazali licik, ” Perangkap ank dgn cinta kaut harta bapa ” (5Gmbr)

Kota Bharu : Gara-gara terlalu percayakan bakal menantu, seorang imam masjid di sini sanggup memberi wang berjumlah lebih RM38,000, emas bernilai RM6,000 dan sebuah kereta kepada seorang tauke emas dan kambing perap sebagai pinjaman mo­dal perniagaan.

Mangsa berusia 65 tahun itu terlalu mempercayai lelaki terbabit selepas suspek berjanji mahu berkahwin dan sehidup semati dengan anak perempuannya.

Imam tersebut mengenali Shah Jahan Sazali, 36, tahun itu selepas diperkenalkan sendiri oleh anak perempuannya yang berumur 28 tahun pada Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa yang menyedari dirinya ditipu oleh bakal menantunya itu telah tampil membuat laporan di Balai Polis Bachok di sini pada 14 September lalu.

Menurutnya, berdasarkan keterangan mangsa, svspek mendakwa sedang menjalankan perniagaan emas serta kambing perap dan memerlukan bantuan modal daripada imam tersebut.

Angkara terlalu mempercayai, imam itu telah memberi pinjaman sejumlah wang lebih RM38,000 kepada bakal menantunya bermula awal Jun hingga September lalu secara berpe­ringkat di Bandar Baru Kubang Kerian di sini.

Tidak cukup dengan itu, warga emas itu juga memberikan barang kemas bernilai RM6,000 dan sebuah kereta jenis Proton Gen 2 bagi memudahkan urusan perniagaan bakal menantunya,katanya ketika dihubungi semalam.

Abdul Rahim memberitahu, selepas tiga bulan, imam berkenaan menghubungi semula bakal menantunya untuk menuntut semula pinjaman.

Bagaimanapun, katanya, svspek telah memberi pelbagai alasan sehingga menyebabkan ­mangsa rasa tertipu.

Imam itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Bachok di sini pada 14 September lalu. Hasil daripada laporan itu, polis menahan suspek di sebuah rumah di Jalan Pengkalan Chepa di sini pada pukul 11 malam kelmarin,katanya.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseks4an kerana menipu.

Sementara itu, anak m4ng­sa yang enggan dikenali pula berkata, dia sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan svspek pada bulan ini, namun terpaksa memutuskan perhubungan mereka selepas kejadian tersebut.

Menurutnya, dia kini masih berada dalam keadaan tr4uma akibat kejadian itu selepas bapanya sendiri mengalami kerugian akibat ditipu bakal menantu sendiri.

Saya yang menyebarkan laporan polis yang dibuatnya mengenai ke.s itu di laman Facebook baru-baru ini.

Ia bertujuan memberi pe­ngajaran kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati dan tidak menjadi m4ngsa lelaki berkenaan, ujarnya.

Terdahulu, tular di Facebook apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Nurul Afifah mend4kwa bapanya telah me­nyerahkan wang kepada seorang lelaki yang dikenali mereka.

Menurut wanita terbabit, wang yang diserahkan kepada suspek sebahagiannya adalah wang simpanan ibu bapanya serta abang dan saudara terdekat mereka. Credit Kosmo, fb Nurul Afifah.