[Terkini] Selepas isteri tiada, “Dunia saya gelap tidak tahu nak teruskan hidup ” (5Gmbr)

Kuala Lumpur : Hanya pus4ranya tempat saya dan anak-anak melep4skan rindu, setiap pagi sebelum ke tempat kerja, inilah tempat persinggahan sejak isteri meninggalkan kami sekeluarga,

Itu luahan bapa kepada dua anak, Ahmad Muarif Ahm4d Khairuddin, 30, yang masih sukar menerima hakikat isterinya sudah men1nggal dunia akibat dijangkiti C19 dan kini terpaksa menjadi ayah dan ibu kepada dua anak mereka yang masih kecil.

Ahmad Mu’arif ketika ditemubual BH, berkata isterinya, Fitry4yumi Jamaris, 29, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Selayang pada 23 Ogos lalu, dua minggu selepas melahirkan anak kedua mereka.

Arw4h isteri saya dijangkiti C19 ketika usia kandungan hampir mencecah lapan bulan, saya sendiri tidak pasti dari mana dia dapat virus itu.

Kami bekerja di tempat yang sama iaitu sebuah pusat membeli belah.Bagaimanapun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan premis itu ditutup, kami tidak dapat bekerja dan banyak duduk di rumah.

Isteri saya kemudiannya dimasukkan ke Hospital Selayang dan dinasihatkan untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya pada 8 Ogos lalu, katanya yang memberitahu, selepas itu arwah ditidurkan kerana kadar 0ksigen menurun, bahkan tidak sempat melihat dan menyentuh bayi dilahirkannya.

Minggu pertama ditidurkan, keadaan isteri saya nampak semakin baik dengan kadar 0ksigen stabil. Namun, pada minggu kedua, oksigen mula menurun dan terus merosot sehinggalah dia dijemput Il4hi pada pagi, 23 Ogos lalu, katanya.

Selep4s ister1 t1ada, ter4sa dun1a saya gel4p dan tidak tahu bag4imana nak terusk4n h1dup. Apa yang saya boleh lakukan sekarang, setiap hari singgah ke pus4ranya, bacakan doa dan turut bercerita kepadanya hari-hari yang saya lalui tanpanya bersama anak-anak.

Itulah kekuatan saya, bila mengunjungi pusara arwah isteri. Tidak kira hujan ribut pun saya redah, ada ketika saya bawa anak sulung yang berumur tiga tahun kerana dia masih setiap hari kerap bertanya mengenai ibunya, bahkan tidur pun memegang gambar arwah, katanya.

Kisah pemergian Fitryayumi turut dikongsikan di laman web ‘Memorial C19 Malaysia’ yang dibangunkan bagi mengenang dan menghormati individu yang terkorban akibat pandemik itu di negara ini.

Ahmad Mu’arif berkata, kehidupannya turut berubah sepenuhnya kerana perlu memberi perhatian kepada dua anak iaitu Ahmad Qhutbie Zayyan, 3 dan Ahmad Qhutbie Zaffran, yang baru berusia sebulan.

Buat masa ini, anak-anak dijaga oleh ibu saya yang bekerja di sekolah sebagai pekerja pembersihan, memandangkan sekolah ditutup, jadi dia menjaga sementara.

Saya mungkin terpaksa berhenti kerja dan mencari pekerjaan lebih fleksibel selepas ini apabila ibu sudah mula bekerja semula kerana perlu menjaga anak-anak, katanya yang bekerja sebagai jurujual pakaian.

Ahmad Mu’arif berkata, pendapatannya yang sedia terjejas kerana p4ndemik C19 semakin membebankan selepas isterinya men1nggal dun1a.

Dulu boleh berkongsi dengan isteri untuk bayar rumah sewa dan uruskan keperluan anak, tetapi semuanya kini terletak di bahu saya seorang.

Bayangkan, untuk uruskan jen4zah isteri pun saya hanya ada RM500 wang simpanan dan mujur duit itu cukup untuk mengupah khidmat pengurusan jen4zah swasta, katanya.

Beliau turut berharap pihak berkuasa memudahkan pengurusan C19 khususnya bagi membuat tuntutan dan bantuan seperti zakat.

Saya harap kerajaan pertimbangkan peruntukan untuk anak-anak kepada mangsa C19, mudahkan juga urusan bantuan zakat kerana contohnya sekarang, saya tidak boleh memohon (zakat) kerana perlu menunggu sekurang-kurangnya sebulan lagi untuk dokumen lengkap perubatan dikeluarkan pihak hospital, katanya.

Beliau turut berharap golongan bapa tunggal turut dibantu, dengan bantuan sewajarnya diberikan untuk kebajikan anak-anak yang masih kecil terutama berkaitan penjagaan dan asuhan.

Orang ramai yang bersimpati dan ingin menyalurkan bantuan, boleh berbuat demikian dengan menyalurkannya ke akaun Maybank, Ahmad Mu’arif Ahmad Khairuddin (114272202117). Al fatihah.Credit BH.