[Terkini] Selamat jalan Syuk, ” Aprilia rsv4 down ketika ride di Karak ” (5Gmbr)

Bentong : Seorang penunggang motosikal m4ut selepas terlibat dalam satu kem4langan di Kilometer 42.3 Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak pada Selasa, M4ngsa merupkan pekerja carigali minyak yang berkerja di Sarawak.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian berlaku pada jam 2.45 petang, ketika m4ngsa, Abd Fatah Syukri Abd Ghani, 32, dari Bukit Tinggi dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur.

Sebak luahan rakan arw4h pemergian Syuk ” Berita sedih yang baru kami terima,Alfatihah kepada arwah syukri rsv4 yang terlibat didalam kemalangan maut di karak sebentar tadi. Sahabat baik kami😢😢.

Marilah kita semua sedekahkan alfatihah kepada arwah semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Alfatihah”  Eric Rabel.

Hasil siasatan polis mendapati penunggang motosikal Aprilia itu dari Bukit Tinggi menghala ke Kuala Lumpur hilang kawalan di satu selekoh lalu sebelum melanggar belakang sebuah kereta Perodua Myvi.

Selepas melanggar Myvi, motosikal bergerak ke kiri melanggar penghadang besi belakang tayar kanan sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit.

Akibat kem4langan tersebut, m4ngsa berusia 32 tahun yang bekerja di Sarawak terpelanting dan jatuh di tengah jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, katanya ketika dihubungi malam tadi.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sehubungan itu, Zaiham meminta kerjasama daripada orang ramai yang melihat kejadian terbabit tampil bagi membantu siasatan.

Memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi ASP Zulkifli Yahya, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (KBSPTD) Bentong di talian 09-2222222.

Semoga keluarga arw4h tabah yang maha esa lebih sayangkan dirinya pergi bersama minatnya bersama motosikal kuasa tinggi kesayangan  Aprilia RSV4.Al fatihah.