[Terkini] Selamat jalan Daus, ” Ajaal juruteknik Petronas Wira gagal memotong ” (5Gmbr)

Dungun : Seorang juruteknik sebuah syarikat minyak dan gas m4ut manakala tiga lain ceder4 ringan setelah terlibat dalam kem4langan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Loji Air Bukit Bauk di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.15 pagi itu, m4ngsa, Muhammad Firdaus Ali, 22, men1nggal dun1a akibat keceder4an p4rah pada bahagian kep4la.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kemalangan tersebut melibatkan kereta Proton Wira dipandu Muhammad Firdaus dan tiga kenderaan lain iaitu sebuah lori, kereta Proton Persona dan motosikal jenis SM Sport 110R.

Beliau berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Firdaus dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kemaman dari arah Dungun.

Sewaktu kejadian, kereta Proton Wira dinaiki mangsa dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya di garisan berkembar namun gagal.

Kenderaan itu kemudiannya telah bertembung dengan sebuah lori muatan tiga tan yang berada di laluan bertentangan, katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, sebuah kereta Proton Persona dan motosikal jenis SM Sport 110R yang ditunggangi seorang wanita gagal mengelak lalu turut terlibat kem4langan tersebut. Al fatihah.