[Terkini] Selamat jalan bidadari ku ,” Bermain lah ditaman syurga bersama bby kita ” (6Gmbr)

Hulu Terengganu : Jen4zah Norbibi Arisysa yang men1nggal dun1a bersama kandunganya dalam kemalangan diLPT 2 selamat dikebumik4n dalam suasana pilu semalam.

Semoga suaminya Nasir Mamat tabah dengan dugaan yang amat berat ini, hasratnya menimang cahayamata sulung tak kesampaian bila isteri tersayang dan bayi mereka yang dikandungnya disahkan men1nggal dunia dalam kem4langan tragis itu.

Sinar melaporkan seorang suri rumah m4ut setelah kenderaan dinaiki terbabas dalam kemalangan di Kilometer 392.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Ajil menghala ke Bukit Besi pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, m4ngsa, Norbibi Arisysa Ab Latif, 26, yang berada di tempat duduk hadapan sebelah pemandu disahkan men1nggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, nahas itu dipercayai berlaku setelah kereta jenis Honda Jazz dipandu suami mangsa, Nasir Mamat, 32, mel4nggar lopak air sebelum hilang kawalan lalu terbabas.

Siasatan awal mendapati pasangan suami isteri itu bergerak dari rumah di Batu Rakit menuju ke rumah saudara mereka di Cheneh, Kemaman bersama dua anak saudara.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan tersebut telah melanggar lopak air dan hilang kawalan sebelum terbabas mel4nggar besi penghadang jalan sebelah kanan jalan menghala ke Bukit Besi, katanya kepada pemberita, pada Sabtu.

Mohd Adli berkata, pemandu kenderaan patah bahu sebelah kiri manakala dua lagi penumpang iaitu Mohamad Danish Iskandar Mohd Darus, 8, cedera ringan di tangan manakala Mohamad Danish Idlan Mohd Darus, 4, mengalami ceder4 ringan.

M4yat m4ngsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut. Tiga lagi m4ngsa yang cedera turut dibawa ke hospital untuk menerima rawatan,katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat dibawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Al fatihah.