[Terkini] Satu lahaad untuk ibu & ank, ” Sebak lihat menantu dibawa dgn katil untuk tatapan terakhir – Ustaz Sokeri ” (5Gmbr)

Bachok : Sebelum terbabit dalam kemalangan, 3 petang kelmarin anak saya sempat menghubungi untuk memaklumkan mereka sudah berada di Tol Gombak untuk pulang bercuti di kampung, kata Mohamed Sokeri Yusof, 63.

Mohamed Sokeri adalah ayah kepada Khoirul Bariyyah Mohamed Sokeri, 28, yang m4ut bersama anak lelakinya, Muhammad Alfah Abdul Rahim, 2, dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 35 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, kelmarin.

Mohamed Sokeri berkata, pada 1 pagi, besannya memaklumkan ada kemalangan di Chiku, Gua Musang dan pada ketika itu dia sudah berasa tidak sedap hati.

Setengah jam kemudian, saya mendapat panggilan kedua daripada besan yang memberitahu anak dan cucu saya meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala menantu, Abdul Rahim Mohd Nawi, 27, serta seorang lagi cucunya, Mohd Lut Abdul Rahim, 4, mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu, kami sekeluarga bergegas ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk melihat keadaan menantu serta cucu sebelum bertolak ke Hospital Gua Musang (HGM) bagi menguruskan jen4zah anak serta cucu yang meninggal dunia,katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Alor Jambu, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Sokeri berkata, selepas selesai menguruskan jenazah anak serta cucunya, mereka bertolak ke Kota Bharu dan sebelum itu singgah di HSIP bagi membolehkan menantunya yang dirawat di hospital mencium dan menatap wajah dua insan yang disayangi buat kali terakhir.

Pada ketika itu, kami sekeluarga tidak dapat menahan sebak apabila menantu dibawa turun dengan katil untuk membolehnya melihat wajah arwah isteri serta anaknya, manakala seorang lagi cucu yang turut mengalami kecederaan tidak ada bersama kerana pada ketika itu masih belum sedarkan diri.

Kami sekeluarga reda dengan kejadian yang berlaku dan jika sudah ajal, cepat atau lambat tiada sesiapa pun yang mampu menghalangnya, katanya.

Katanya, jen4zah anak serta cucunya itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al Falah, 6.30 petang semalam, moga Abdul Rahim dan anak sulungnya Mohd Lut segera sembuh dia kehilangan dua insan tersayang sekaligus.Al fatihah.