[Terkini] Sampai pagar abg teman syg, ” Istri mninggal x sempat lihat x pelukk ank ke 4, ” (5Gmbr)

Klang : Maafkan abang sayang tak dapat teman sayang, hanya dari jauh abang temani sayang, selamat berehat bidadari syurgaku.

Sebelum itu sayu hati suami melihat van jenazah beratur mengurusakan jen4zah pesakit C19 dari ICU HTAR tak disangka langsung olehnya yang arw4h isterinya salah seorang yang akan menaiki van terbabit.

HM melaporkan selepas 13 hari bert4rung ny4wa, pesakit C19, Norieszah Ishak akhirnya men1nggal dun1a, Ahad lalu, tanpa sempat menatap wajah anak keempatnya yang selamat dilahirkan pada 21 Julai lalu.

Norieszah, 31, menghembusk4n n4fas terakhirnya pada jam 2 pagi di wad Unit Rawatan Rapi (1CU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.

Jen4zahnya disemadikan di Tanah Perkvburan Islam Sungai Sirih, di sini, kira-kira jam 7 malam, Isnin lalu.

Suaminya, Muhamat Azuwan Jemain, 36, berkata, pemergian Norieszah meninggalkan kesan mendalam buat dirinya apabila tidak dapat menatap dan menguruskan jen4zah isterinya itu buat kali terakhir.

Sehingga kini saya masih sukar untuk menerima hakikat isteri sudah tiada namun cuba reda dengan ketentuan Allah kerana siapa kita untuk melawan t4kdir.

Tambah menyedihkan apabila hanya dapat melihat jen4zahnya dikebumikan dari luar pagar tanah perkuburan kerana tidak dibenarkan turut serta walaupun saya ada kelengkapan pakaian perlindungan diri (PPE).

Bagaimanapun, saya bersyukur kerana urusan arw4h isteri berjalan lancar dan tidak mengambil masa lama kerana sehari selepas kematiannya kira-kira jam 4 petang, saya dipanggil membuat pengecaman m4yat sebelum jen4zah dibawa keluar dari hospital ke tanah perkuburan, katanya ketika dihubungi.

Bercerita lanjut, Muhamat Azuwan berkata, isterinya sedang sarat h4mil dan hanya menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata keempat mereka.

Dia yang juga pengusaha bengkel berkata, isterinya dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan tetapi dengan tiba-tiba mengadu tidak sihat dan demam pada 19 Julai lalu.

Mulanya saya bawa isteri ke klinik swasta tetapi doktor merujuknya ke HTAR untuk rawatan lanjut.

Keesokan harinya, kami ke klinik rawatan ibu dan anak HTAR tetapi diminta pulang dahulu kerana katil penuh, jadi saya belikan isteri ubat di farmasi.

Pada jam 4 pagi, 21 Julai lalu, isteri mengadu s4kit perut sebelum tump4h d4rah, jadi saya bergegas membawanya ke hospital dan dia selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Zayyan pada jam 6 pagi secara pembed4han,katanya.

Menurutnya, doktor ada beritahu keadaan isterinya yang kemungkinan positif C19 tetapi hanya mengesahkannya lima hari kemudian pada 26 Julai lalu selepas diminta memberi penjelasan lanjut berhubung status sebenar.

Katanya, Muhammad Zayyan yang sebelum itu ditahan di wad kerana menunggu keputusan ujian saringan C19 sudah dibawa pulang pada 28 Julai lalu.

Arw4h masih sedar dan kami ada berhubung termasuk menerusi panggilan video namun pada 30 Julai lalu, doktor beritahu saya ada jangkitan pada paru-paru isteri dan paras oksigennya menurun, jadi perlu jalankan prosedur intubasi untuk tidurkannya.

Selepas dua hari, arw4h kembali sedar dan sempat menghubungi saya memaklumkan mahu pulang ke rumah selepas stabil tetapi dia ditidurkan semula sebelum sedar tiga hari kemudian pada 5 Ogos lalu.

Itu kali terakhir kami berhubung menerusi panggilan video dan dia ada beritahu tidak tahan kerana sakit, jadi saya minta arw4h berehat.

Pada 7 Ogos lalu, doktor hubungi saya maklumkan keadaan isteri sudah n4zak kerana p4ru-p4ru dan buah pingg4ngnya semakin teruk serta mereka buat panggilan video bagi membolehkan saya bersama keluarga membacakan Yasin untuk arw4h sebelum dia menghembuskan nafas terakhir pagi esoknya,katanya.

Muhamat Azuwan berkata, anak sulungnya, Ahmad Nabil, 14, yang bersekolah di pusat tahfiz faham ibunya sudah tiada.

Bagaimanapun, katanya, cabarannya adalah untuk menjelaskan perkara sebenar kepada dua lagi anaknya, Farah Aqila, 6, dan Muhamad Rayyan, 2.

Anak terutama anak kedua dan ketiga memang ada bertanya berikutan sudah lama tidak nampak kelibat ibu mereka di rumah dan saya cuba jelaskan tetapi mereka tidak faham kerana masih kecil.

Apa pun saya cuba jalankan amanah dan tunaikan permintaan terakhir arwah sebelum ditidurkan kali kedua untuk menjaga anak dengan baik.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan arw4h,katanya, semoga dia terus tabah demi anak anak walaupun sudah kehilangan bidadari syurganya . Al fatihah.